Pages

Disclaimer

Segala post bagi Siri Bufet Ramadhan yang didapati dalam blog ini adalah diperolehi oleh penulis melalui carian di Internet. Penulis tidak mendapat sebarang faedah ataupun imbuhan dari siri tersebut. Usaha penulis adalah semata-mata untuk memudahkan pembaca mencari bufet ramadhan yang murah dengan mudah. Penulis juga tidak pernah mencuba sebarang bufet ramadhan dalam siri tersebut melainkan dinyatakan oleh penulis. Sekian, terima kasih.

StarveBuster tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan selera atau kerosakan deria rasa yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. :-)

p/s: Sumber pendapatan blog ini dijana melalui iklan Nuffnang. Segala ketikan (click) pada iklan tersebut adalah amat dihargai. =)

Featured Post

Creamoji: Milkshake Pudding @ Dadih Hirup

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, hari ini StarveBuster nak promote bisnes member. sekarang nih  dah jadi trend kot buat da...

Showing posts with label resipi. Show all posts
Showing posts with label resipi. Show all posts

Friday, August 31, 2018

Kek Resepi Bonda

aku jenis jarang makan kek...aku tak suka sgt kek yang biasanye jual kat kedai..tak kisah la kedai "Resepi Rahsia", "Kotej Tukang Roti" atau kedai kek lain...sbb selalunya yg kat kedai ni byk krim...aku tak suka krim...kek kegemaran aku adalah yg mak aku buat waktu hari raya..sekarang resepi ni dah jadi resepi adik aku...aku try buat sendiri pun tak berapa jadi...huhuhu

Bahan-bahan:
300g Gula
300g Marjerin (mak aku xbagi tukar ngan butter..jgn derhaka dgn resepi katanya)
6 biji telur (Gred B)
2 sudu teh esen vanilla
2 sudu teh baking powder
300g tepung naik sendiri

1. Mula-mula kita putar dulu gula dan marjerin hingga sebati (adik aku tak bgtau pulak berapa lama nak kene putar..so, agak2 la sendiri)

2. Lepas tu, boleh lah masukkan telur satu per satu.

3. Seterusnya, masukkan pula baking powder.

4. Bila dah kembang/putih/gebu, baru masukkan esen vanila.

5. Kemudian baru masukkan tepung sedikit demi sedikit..jgn tuang semua sekali gus...berterbangan tepung ko nnt..

6. Sebelum bakar, panaskan dulu oven ye...bakar selama 30-40 minit pada suhu 180 darjah celcius.


p/s: xde gambar kek...lupa nak snap...

Friday, September 19, 2014

Jom Masak: Ikan Patin Masak Tempoyak

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

hari ni nak kongsi resepi antara masakan favourite aku, Ikan Patin Masak Tempoyak atau Masak Tempoyak Ikan Patin atau apa2 je la nama yg korang nak panggil. resepi ni wife aku cedok kat internet dan aku modify ikut cara masakan wife aku. kalau ada yg nak claim kata resepi nih dia punya, silakan lah supaya aku boleh letak credit. kalau korang nak kopipes pun, silakan lah. sharing is caring.

Bahan bahan:
Ikan patin - 1 ekor (saiz sederhana)
Tempoyak - 2 senduk
Air - 4 cawan (kurangkan jika mahu kuah pekat, lebihkan jika mahu kuah cair)

Cili merah - 1 biji (optional: jadikan kuah lebih merah)
Cili padi - 10 biji (ikut tahap kepedasan masing2)
Kunyit hidup - 1 inci
Daun kesum - secekak
Garam - secukup rasa

Cara cara:
1. Cili merah, cili padi dan kunyit hidup ditumbuk tetapi tidak terlalu luma/hancur. (Nak guna blender pun boleh)


2. Gaulkan tempoyak dan bahan yg ditumbuk sehingga rata. Kalau guna blender, boleh blend sekali ngan tempoyak.

3. Masukkan kesemua bahan termasuk bahan yg ditumbuk/diblender ke dalam periuk. 


4. Masak dengan api perlahan sehingga merenih dan menggelegak.

5. Setelah menggelegak, masukkan daun kesum. 


6. Biarkan sehingga 3-4 minit.


7. Tutup api dan sedia dihidang.

Nota kaki:
i. Kalau tempoyak kurang masam, bolehlah tambah sedikit asam keping.


ii. Kalau nak kuah pekat, boleh masak semua bahan dulu kecuali ikan. Bila kuah dah masak, baru masukkan ikan.


p/s: lupa nak snap gambo....

Sunday, July 14, 2013

Jom Masak: Roti Jala Resipi Bonda

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

hari ni kita kongsi resipi la. juadah berbuka untuk aku dan isteri hari ni ialah roti jala. resipi ni aku dpt dari mak aku. sebab tu la namanya resipi bonda. simple je resipinye. let's check it out.
Bahan-bahan: (30-40 keping) 
2 cawan tepung gandum 
2 cawan air 
1 biji telur 
1 sudu teh serbuk kunyit 
1 sudu teh garam

Cara-cara:
campurkan semua bahan dan gaul sebati. Kisarkan adunan tadi supaya hancur dan halus. Selepas dikisar, tapis adunan untuk mengelakkannya tersumbat dalam acuan. Kemudian boleh mula menjala. Lebih mudah menjala guna kuali leper. sapu minyak sket pada kuali utk elakkan melekat. kalau ade non-stick pan lg terbaik. Sedap dimakan bersama kari ayam mahupun daging.

*Pastikan adunan tidak terlalu cair ataupun pekat. kalau cair, tambah tepung. kalau pekat, tambah air.


p/s: selamat menjala...maksud aku, selamat mencuba...

Tuesday, January 25, 2011

Jom Masak: Kangkung Goreng Belacan

salam selera

resipi yang ingin SB kongsikan pada hari ini ialah:

KANGKUNG GORENG BELACAN

Bahan-bahan:
200g kangkung (dipotong dan dibersihkan)
1 biji bawang merah (ditumbuk)
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
secubit belacan (dihancurkan)
2 sudu besar minyak masak

Cara Memasak:
  1. panaskan minyak masak di dalam kuali dan masukkan bawang merah dan bawang putih wang ditumbuk. kacau hingga wangi.
  2. masukkan belacan dan kacau rata.
  3. masukkan kangkung dan kacau selama 3 hingga 5 minit (hingga kangkung tu layu)
  4. sedia untuk dihidang.

semudah 1, 2, 3 kan?? hehehe
Selamat mencuba!!

Sunday, January 23, 2011

Jom Masak: Labu Masak Lemak Cekur Manis

salam selera.

resipi seterusnya dalam segmen Jom Masak ialah:

LABU MASAK LEMAK CEKUR MANIS

Bahan-bahan:
1/4 biji labu (lebih kurang 300g)
- dibuang kulit dan dipotong kiub (jgn potong kecik sgt, nanti hancur)
200g sayur cekur manis (ambil daun sahaja)
100ml santan (lebih kurang sebijik kelapa)
2 biji cili merah (dipotong)
2 biji bawang merah (ditumbuk halus)
2 cawan air
garam secukup rasa

Cara memasak:
  1. masukkan air ke dalam periuk dan rebus labu hingga sedikit empuk.
  2. kemudian, masukkan santan dan kacau hingga sebati.
  3. masukkan bawang merah yang ditumbuk dan kacau lagi.
  4. kemudian, masukkan sayur cekur manis dan cili merah. kacau lagi.
  5. masukkan garam secukup rasa (kalau tak cukup rasa, tambah smpi cukup =))
  6. PENTING: teruskan kacau hingga mendidih. jangan berhenti mengacau masakan anda untuk mengelakkan santan pecah minyak.
  7. apabila mendidih, padamkan api dan sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba!!

Thursday, January 20, 2011

Jom Masak: Ayam Masak Merah Ala Kadar

salam selera.

resipi kali ini adalah resipi favourite SB. ini adalah resipi dari wife SB sendiri. dia cakap kalau dia masak bende lain mesti SB makan sikit tp kalau masak ayam masak merah nih mesti nak tambah je. hehehe. mari kita kongsi resipi:

AYAM MASAK MERAH ALA KADAR
Bahan-bahan:
3 ketul ayam (lebih kurang 300 - 400gram)
2 biji bawang merah - ditumbuk lumat
1 biji bawang putih - ditumbuk lumat
1 keping asam keping
2 sudu besar cili kering yang dikisar
garam secukup rasa
secubit serbuk Knorr Pasti Sedap
sedikit air
minyak untuk menggoreng dan menumis


Cara Memasak:
  1. goreng ayam sehingga masak. angkat dan asingkan. 
  2. panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali yg bersih =)
  3. tumiskan bawang yg ditumbuk tadi sehingga wangi
  4. masukkan cili kering dan sedikit air (kalau nak lebih berkuah, lebihkan lah air)
  5. masukkan garam dan serbuk Knorr Pasti Sedap secukup rasa
  6. biarkan seketika hingga mendidih
  7. masukkan ayam yang telah digoreng td dan gaul hingga rata
  8. sedia untuk dihidangkan.

senang je kan? 
Selamat mencuba!!


Wednesday, October 13, 2010

Jom Masak: Ayam Panggang Ala Kadar

salam selera.

resipi kita yang pertama untuk segmen JOM MASAK ini ialah Ayam Panggang Ala Kadar. Resipi nih mudah je. sbb tu la nama dia pun ala kadar jer tetapi sudah dicuba sendiri oleh StarveBuster sendiri. insya Allah sedap. heheheh.

AYAM PANGGANG ALA KADAR

Bahan-bahan:

1 ekor ayam
- (kalau beli yang sudah dipotong, anggaran berat 1kg - 1.5kg)
1 sudu kecil kunyit
1 sudu kecil garam
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk Knorr Pasti Sedap
- (boleh ganti ngan serbuk pati ayam atau Maggi Cukup Rasa)
1 biji bawang besar - dikisar
1 inci halia - dikisar
4 ulas bawang putih - diketuk


Cara memasak:

  1. Bersihkan ayam sebersih-bersihnya dan keringkan.
  2. Gaulkan semua bahan bersama-sama ayam termasuk bahan yang dikisar. Gaul hingga rata dan sebati.
  3. Bawang putih yang diketuk tadi diletakkan di celah-celah kulit ayam atau di dalam ayam (jika bukan ayam potong)
  4. Kemudian, perap ayam di dalam bekas bertutup seperti tupperware atau dalam plastik yang diikat. Simpan di dalam peti sejuk untuk semalaman.
  5. Panggang ayam pada suhu 200 hingga 250 darjah Celcius selama 45 minit hingga 1 jam.
  6. Untuk memastikan ayam dipanggang rata, balutkan ayam dengan aluminium foil sebelum diletakkan di atas dulang pembakar.
  7. Ayam panggang ini sedap dimakan bersama sos lada hitam.

Selamat mencuba!!

Unique visits (Last 7 days)