salam selera.
resipi seterusnya dalam segmen Jom Masak ialah:
LABU MASAK LEMAK CEKUR MANIS
Bahan-bahan:
1/4 biji labu (lebih kurang 300g)
- dibuang kulit dan dipotong kiub (jgn potong kecik sgt, nanti hancur)
- dibuang kulit dan dipotong kiub (jgn potong kecik sgt, nanti hancur)
200g sayur cekur manis (ambil daun sahaja)
100ml santan (lebih kurang sebijik kelapa)
2 biji cili merah (dipotong)
2 biji bawang merah (ditumbuk halus)
2 cawan air
garam secukup rasa
Cara memasak:
- masukkan air ke dalam periuk dan rebus labu hingga sedikit empuk.
- kemudian, masukkan santan dan kacau hingga sebati.
- masukkan bawang merah yang ditumbuk dan kacau lagi.
- kemudian, masukkan sayur cekur manis dan cili merah. kacau lagi.
- masukkan garam secukup rasa (kalau tak cukup rasa, tambah smpi cukup =))
- PENTING: teruskan kacau hingga mendidih. jangan berhenti mengacau masakan anda untuk mengelakkan santan pecah minyak.
- apabila mendidih, padamkan api dan sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba!!
No comments:
Post a Comment
What do you think??