Pages

Disclaimer

Segala post bagi Siri Bufet Ramadhan yang didapati dalam blog ini adalah diperolehi oleh penulis melalui carian di Internet. Penulis tidak mendapat sebarang faedah ataupun imbuhan dari siri tersebut. Usaha penulis adalah semata-mata untuk memudahkan pembaca mencari bufet ramadhan yang murah dengan mudah. Penulis juga tidak pernah mencuba sebarang bufet ramadhan dalam siri tersebut melainkan dinyatakan oleh penulis. Sekian, terima kasih.

StarveBuster tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan selera atau kerosakan deria rasa yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. :-)

p/s: Sumber pendapatan blog ini dijana melalui iklan Nuffnang. Segala ketikan (click) pada iklan tersebut adalah amat dihargai. =)

Featured Post

Creamoji: Milkshake Pudding @ Dadih Hirup

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, hari ini StarveBuster nak promote bisnes member. sekarang nih  dah jadi trend kot buat da...

Showing posts with label Serdang. Show all posts
Showing posts with label Serdang. Show all posts

Wednesday, January 20, 2016

Creamoji: Milkshake Pudding @ Dadih Hirup

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

hari ini StarveBuster nak promote bisnes member. sekarang nih  dah jadi trend kot buat dadih hirup. sbb banyak dah tengok di pasaran. tapi yang special nye member StarveBuster nih sebab dia tak guna serbuk dadih yang ada jual kat kedai2 tu. dia buat sendiri. original resipi. purely homemade. macam mana dia buat tu aku tak tau la. yang penting sedap dan harga berpatutan. satu botol berkapasiti 300ml, harganya RM5.00. antara perisa yang available sekarang ialah originalcoffee (favourite aku nih), teh tarik (my 2nd favourite), strawberi dan coklat. mungkin ada lagi perisa lain yang akan dikeluarkan. setiap perisa baru yang akan dikeluarkan akan melalui proses R&D dan ujian lapangan. memang berbaloi.


untuk tempahan dan maklumat lanjut:
call/whatsapp: +60126078205
email: my.creamoji@gmail.com


Nota kaki:
i.  Perisa teh tarik adalah limited edition and by request only.
ii. StarveBuster pun boleh jadi agen kalau korang nak order ngan StarveBuster. eheheh

p/s: #tambahpendapatan

Tuesday, January 19, 2016

New Makan Place in Bangi

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

StarveBuster kini kembali. setelah sekian lama menyepikan diri akhirnya StarveBuster membuat kemunculan semula. heheheh. maaf deh lamo dok update blog nih. sibuk kijo banyok.
berbalik kepada topik asal kita, New Makan Place in Bangi. pasti ramai yang menantikan pembukaan restoran yang menjadi bualan ramai ini. penah menjadi kontroversi sekontroversi namanya. tapi usah biarkan hidup anda diselubungi kontroversi. tingkatkan jatidiri, jauhi fitnah duniawi. in sha Allah...

kepada yang penah dan akan menyerbu Restoran Me'nate Steakhub ini, kalau boleh kongsikan lah pengalaman anda bersama-sama StarveBuster dan pembaca yang lain ye. boleh jadi reference dan rujukan. terima kasih.

Sumber: https://www.facebook.com/MenateSteakHub/
Sumber: https://www.facebook.com/MenateSteakHub/

menanti hari pembukaan rasmi

Nota kaki:
i. Pembukaan rasmi pada 22 Januari 2016

p/s: entah bila aku nak pegi. dah lama tak pekene steak nih.


Wednesday, July 17, 2013

Siri Bufet Ramadhan #20: MH Sutera Events @ Dewan Banquet UPM

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

tadi aku baru terima sepucuk email promosi bufet ramadhan. rupa2nye dari organizer bufet ramadhan yang aku penah pegi tahun lepas di Dewan Banquet UPM Serdang. organizer ialah MH Sutera Events dengan tema 'Selera Iftar MH'. mari tgk poster dulu.


harga: RM49.50nett (dewasa) / RM25nett (kanak2 6-12 tahun)
no telefon: 010 2559636 / 012 2612233 / 014 3330433
GPS coordinate: N2 58.909 E101 41.891
kalau nak maklumat lanjut boleh layari facebooknye. click sini.

tahun lepas aku pegi dgn kawan2 buat reunion. mmg puas hati makanan2 yang disediakan. surau pun luas. mmg selesa la sbb dia buat kat dewan. insya Allah berbaloi untuk mencuba.

tak tau kenapa diorang start lambat sbb bufet nih baru je available dari 15 Julai hingga 6 Ogos. antara menu hebat tahun ni ialah Kambing Panggang, BBQ, Satay, Nasi Beriani Gam Johor, Kari Kepala Ikan. yang lain2 boleh tgk kat poster kat atas tu. kalau nak feel lagi, pegi sendiri la ke Dewan Banquet tu. live performance pun ada ok. heheheh.

p/s: selamat mencuba. promo lebih sebab dah penah pegi tahun lepas and sebab dia hantar email invite aku. hehehe. 

Friday, August 3, 2012

Siri Buffet Ramadhan #6: Semanis Aroma @ UPM

assalamualaikum.

hari genap 2 minggu kita menjalani ibadah puasa. bagi mereka yang selalu mencari kelainan berbuka di luar, Siri Buffet Ramadhan diteruskan dengan:


untuk tempahan dan maklumat lanjut, hubungi nombor telefon yang tertera di poster. bagi mereka yang selalu berada di atas talian, rujuk laman sosial atau hantar emel kepada mereka.
 200 jenis makanan?? woww...tak teringin ke? StarveBuster pun teringin nak ke sana nih..kene cari masa next week bawak family dan kawan2. dekat dah tu. hehehe.

Semanis Aroma Buffet telah berpindah ke Dewan Banquet UPM, Serdang pada tahun ni. Dewan luas, ada aircond dan tempat solat yang selesa. Jom berbuka puasa disini!

p/s: selamat mencuba. jgn lupa tinggalkan komen anda juga.

Tuesday, May 4, 2010

Top1 Western Foods Cafe



Nama:
Top1 Western Foods Cafe

Lokasi:
Taman Equinne, Seri Kembangan

Cawangan/Lokasi Lain:
Puchong

Signature Dish/Drink:
Western and Asian Foods

Recommendation:
*****

western foods is among my favourite cuisine especially chicken chop. hehehe. dan2 nak speaking london tu. hahahaha. tapi mmg StarveBuster suka makan chicken chop. akhir tahun lepas, StarveBuster penah terbaca review pasal cafe ni di dalam akhbar Utusan Malaysia kalau tak silap. waktu tu baru bukak la kot. tapi StarveBuster baru je berkesempatan berkunjung ke cafe nih last week. itu pun secara tak sengaja.

suasana kat dalam cafe mmg menarik. ada la ciri2 western dia walaupun pelayan2 dia tak pakai mcm koboi. hehehe. layanan pun mesra dan bersopan santun. mmg bagus laa. ada tv plasma dan layar besar jugak. maybe untuk menarik football fans datang lepak layan bola kat situ kot.

menu yang StarveBuster dan pasangan makan pada malam tu ialah Spagheti Beef, Grilled Chicken Chop, Mushroom Soup, Fresh Orange and Hot Cappucino. semuanya superb and marvellous. mmg sedap dan berbaloi dgn harga yg agak sederhana dan tak berapa mahal. ini gmbr makanan kami.

[Fresh Orange & Hot Cappucino]


[Spagheti Beef]


[Mushroom Soup]


[Grilled Chicken Chop] kuah dicurahkan sendiri oleh StarveBuster. hehehe

menarik tak? heheheh. Chicken Chop, Mushroom Soup and Fresh Orange are actually a combo menu that let you save RM 3 from normal price. so, untuk maklumat lanjut dan menu2 yg lain bleh tgk kat website dia www.top1cafe.com.my.

p/s: dapat voucher free 1 chicken chop on my next visit. will be going there again soon. hehehe

Wednesday, April 14, 2010

Serdang Char Kuey Teow


Nama:
Serdang Char Kuey Teow

Lokasi:
Taman Seri Serdang

Cawangan/Lokasi Lain:
-

Signature Dish/Drink:
Char Kuey Teow

Recommendation:
*****

dah nama pun Serdang Char Kuey Teow (CKT), mesti la jual CKT kat serdang kan? hehehe. kepada yang tinggal area2 serdang and malas nak pegi sampai ke setapak utk makan CKT kat Mali's, CKT ni boleh tahan laa. sedap jugak laa.

lokasi kat taman seri serdang. actually, dia jual kat tepi jalan jer. customer dia adalah pengunjung kedai mamak yang berhampiran. dia jual betul2 kat depan kedai mamak tu. mesti la dah ade agreement kot ngan kedai mamak tu, kan? hehehe. kalau korang pegi taman seri serdang, ada satu Maybank kat situ. kedai mamak nih dekat row maybank tu jugak tapi at the opposite end. ermmm. paham2 la kot. kalau tak paham, tanya la. heheheh.

ni la 'kiosk' Serdang CKT (sori lupa nak snap gmbr kedai mamak tu)
ape lagi aku nak describe ek? oh yer. CKT dia ada yg biasa and ade yg special. klu yg special tu udang lebih la kan. yang biasa RM 3.50 sepinggan dan yang special RM 4.00 sepinggan. puas hati la aku makan. sedap dan menyelerakan.

nmpk sedap kan? hehehe

p/s: masih lagi mencari lokasi2 CKT yang tak kurang sedapnya di kawasan lembah kelang selatan. hehehe.

Unique visits (Last 7 days)