Pages

Disclaimer

Segala post bagi Siri Bufet Ramadhan yang didapati dalam blog ini adalah diperolehi oleh penulis melalui carian di Internet. Penulis tidak mendapat sebarang faedah ataupun imbuhan dari siri tersebut. Usaha penulis adalah semata-mata untuk memudahkan pembaca mencari bufet ramadhan yang murah dengan mudah. Penulis juga tidak pernah mencuba sebarang bufet ramadhan dalam siri tersebut melainkan dinyatakan oleh penulis. Sekian, terima kasih.

StarveBuster tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan selera atau kerosakan deria rasa yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. :-)

p/s: Sumber pendapatan blog ini dijana melalui iklan Nuffnang. Segala ketikan (click) pada iklan tersebut adalah amat dihargai. =)

Featured Post

Creamoji: Milkshake Pudding @ Dadih Hirup

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, hari ini StarveBuster nak promote bisnes member. sekarang nih  dah jadi trend kot buat da...

Showing posts with label makanan indonesia. Show all posts
Showing posts with label makanan indonesia. Show all posts

Saturday, August 13, 2011

Koleksi Buffet Ramadhan 2011#2

Salam 13 Ramadhan,

Siri Koleksi Buffet Ramadhan 2011 diteruskan dengan 2 lagi buffet yang menjadi pilihan StarveBuster.

1. Restoren Mattop Bariani, Bandar Baru Bangi

2. Restoren Brisik, Petaling Jaya
Lot M3-1, Palm Square, Jaya One,
72A Jalan Universiti, Seksyen 13,
46200 Petaling Jaya
Enquiry: 03-7958 6681
Selamat mencuba!

Tuesday, May 4, 2010

Waroeng Penyet


Nama:
Waroeng Penyet

Lokasi:
The Curve, Mutiara Damansara

Cawangan/Lokasi Lain:
-

Signature Dish/Drink:
Ayam Penyet

Recommendation:
*****


bila first time makan ayam penyet kat Restoran Wong Solo dulu, teringin nak search kat internet kat mana lagi ada ayam penyet nih. salah satu hasilnya ialah Waroeng Penyet nih lah. so, bila StarveBuster berkunjung ke The Curve nih, StarveBuster pun try la ayam penyet kat waroeng penyet nih plak.

khabarnya waroeng nih mmg sentiasa penuh. kadang2 tu kene tunggu la to be seated. style layan diri sket2. maksudnya, bila korang duduk, pelayan akan hantar menu and order sheet. korang pilih apa yg korang nak makan and tanda pada order sheet tu. then pegi bayar kat kaunter, amik no order dan tunggu sehingga pelayan menghantar order anda. hehehe. mudah kan?

pasal menu dia mcm biasa la, Ayam Penyet. ape yg aku bleh bezakan dgn Wong Solo ialah sambal dia. lebih pedas, lebih berapi. sos dia pun buat mcm McD. amik kat kaunter khas. boleh refill sesuka hati. hehehe. StarveBuster tak nk ckp byk pasal menu dia sbb StarveBuster ade menu dia kat bawah nih. nikmati lah.


StarveBuster mmg rekemen la sgt ayam penyet nih. kepada semua peminat2 ayam kat luar sana, sila lah cuba ayam penyet nih. anda pasti tak menyesal. cayo lah cakap den ni ha. huhuhu

p/s: ada lagi ke ayam penyet kat tmpt lain?? hmmmm

Saturday, April 10, 2010

Ayam Bakar Wong Solo

Nama:
Ayam Bakar Wong Solo

Lokasi:
No. G18 & G19
Jalan Dagang B/3A
Taman Dagang
Ampang

03  4270 1947

Cawangan/ Lokasi Lain:
Seksyen 8, Bandar Baru Bangi

Signature Dish/Drink:
Ayam Bakar, Ayam Penyet

Recommendation:
*****


Dari nama nya pun mungkin para pembaca dah dapat teka apa yang istimewa di sini. Ayam bakar. Namun, menu ayam penyet juga sgt sedap. Franchise restoran yang berasal dari yogyakarta, Indonesia ini adalah sgt popular di tanah seberang. Pemiliknya juga dikatakan sangat terkenal kerana kejayaan franchise makanan ini. restoran ini terletak di Taman Dagang, Ampang dan berdekatan dengan Galaxy Mall. tak sukar untuk mencarinya sbb restoran ini mengambil dua lot kedai dan papan tandanya juga sgt besar. hehehe.

StarveBuster cuma pernah sekali berkunjung ke sini dan makanannya mmg sgt menyelerakan. Pelanggan boleh memilih untuk memesan set yang telah ditetapkan atau memesan secara ala carte dari deretan menu yang sgt2 menyelerakan. Selain ayam bakar, ayam penyet ialah satu lagi menu utama yg sgt2 enak dimakan bersama nasi putih, tempe dan tauhu goreng (juga dipenyetkan). menu sampingan lain juga tidak kurang hebatnya seperti sayur asam, pecel lele, empal sapi dan pelbagai lagi masakan dari seberang yang menarik untuk dicuba.

Minumannya juga begitu variety. Namun yang menangkap perhatian StarveBuster ialah Jus Poligami dan Soda Gembira. Kedua-duanya minuman berasaskan soda. Jus poligami adalah campuran soda dan susu manakala Soda Gembira adalah campuran soda, sirap dan susu.

Selain di Taman Dagang dan Bandar Baru Bangi, Wong Solo ada satu lagi cawangan. Tapi StarveBuster tak igt kat mana. Mungkin kat kampong Baru. Kalau ada sapa2 boleh verify, StarveBuster would really appreciate it. terima kasih.

Jika inginkan kelainan, Wong Solo lah tempatnya.

update: StarveBuster sudah 2 kali berkunjung ke Restoran Wong Solo di Bandar Baru Bangi. juga mengambil 2 lot kedai. sgt besar. boleh duduk di meja biasa ataupun bersila di partition2 yang disediakan. besttt.... hehehehe.

Set Ayam Penyet (served with mineral water)

Sirap Limau Ais

 p/s:  dikatakan pemilik franchise ini mempunyai bbrp isteri. sbb tu ada menu Jus Poligami. jgn risau. Halalan Thayyiban. insya Allah.

Unique visits (Last 7 days)