Pages

Disclaimer

Segala post bagi Siri Bufet Ramadhan yang didapati dalam blog ini adalah diperolehi oleh penulis melalui carian di Internet. Penulis tidak mendapat sebarang faedah ataupun imbuhan dari siri tersebut. Usaha penulis adalah semata-mata untuk memudahkan pembaca mencari bufet ramadhan yang murah dengan mudah. Penulis juga tidak pernah mencuba sebarang bufet ramadhan dalam siri tersebut melainkan dinyatakan oleh penulis. Sekian, terima kasih.

StarveBuster tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan selera atau kerosakan deria rasa yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. :-)

p/s: Sumber pendapatan blog ini dijana melalui iklan Nuffnang. Segala ketikan (click) pada iklan tersebut adalah amat dihargai. =)

Featured Post

Creamoji: Milkshake Pudding @ Dadih Hirup

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, hari ini StarveBuster nak promote bisnes member. sekarang nih  dah jadi trend kot buat da...

Showing posts with label Kajang. Show all posts
Showing posts with label Kajang. Show all posts

Wednesday, January 20, 2016

Creamoji: Milkshake Pudding @ Dadih Hirup

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

hari ini StarveBuster nak promote bisnes member. sekarang nih  dah jadi trend kot buat dadih hirup. sbb banyak dah tengok di pasaran. tapi yang special nye member StarveBuster nih sebab dia tak guna serbuk dadih yang ada jual kat kedai2 tu. dia buat sendiri. original resipi. purely homemade. macam mana dia buat tu aku tak tau la. yang penting sedap dan harga berpatutan. satu botol berkapasiti 300ml, harganya RM5.00. antara perisa yang available sekarang ialah originalcoffee (favourite aku nih), teh tarik (my 2nd favourite), strawberi dan coklat. mungkin ada lagi perisa lain yang akan dikeluarkan. setiap perisa baru yang akan dikeluarkan akan melalui proses R&D dan ujian lapangan. memang berbaloi.


untuk tempahan dan maklumat lanjut:
call/whatsapp: +60126078205
email: my.creamoji@gmail.com


Nota kaki:
i.  Perisa teh tarik adalah limited edition and by request only.
ii. StarveBuster pun boleh jadi agen kalau korang nak order ngan StarveBuster. eheheh

p/s: #tambahpendapatan

Tuesday, January 19, 2016

New Makan Place in Bangi

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

StarveBuster kini kembali. setelah sekian lama menyepikan diri akhirnya StarveBuster membuat kemunculan semula. heheheh. maaf deh lamo dok update blog nih. sibuk kijo banyok.
berbalik kepada topik asal kita, New Makan Place in Bangi. pasti ramai yang menantikan pembukaan restoran yang menjadi bualan ramai ini. penah menjadi kontroversi sekontroversi namanya. tapi usah biarkan hidup anda diselubungi kontroversi. tingkatkan jatidiri, jauhi fitnah duniawi. in sha Allah...

kepada yang penah dan akan menyerbu Restoran Me'nate Steakhub ini, kalau boleh kongsikan lah pengalaman anda bersama-sama StarveBuster dan pembaca yang lain ye. boleh jadi reference dan rujukan. terima kasih.

Sumber: https://www.facebook.com/MenateSteakHub/
Sumber: https://www.facebook.com/MenateSteakHub/

menanti hari pembukaan rasmi

Nota kaki:
i. Pembukaan rasmi pada 22 Januari 2016

p/s: entah bila aku nak pegi. dah lama tak pekene steak nih.


Wednesday, July 17, 2013

Siri Bufet Ramadhan #20: MH Sutera Events @ Dewan Banquet UPM

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

tadi aku baru terima sepucuk email promosi bufet ramadhan. rupa2nye dari organizer bufet ramadhan yang aku penah pegi tahun lepas di Dewan Banquet UPM Serdang. organizer ialah MH Sutera Events dengan tema 'Selera Iftar MH'. mari tgk poster dulu.


harga: RM49.50nett (dewasa) / RM25nett (kanak2 6-12 tahun)
no telefon: 010 2559636 / 012 2612233 / 014 3330433
GPS coordinate: N2 58.909 E101 41.891
kalau nak maklumat lanjut boleh layari facebooknye. click sini.

tahun lepas aku pegi dgn kawan2 buat reunion. mmg puas hati makanan2 yang disediakan. surau pun luas. mmg selesa la sbb dia buat kat dewan. insya Allah berbaloi untuk mencuba.

tak tau kenapa diorang start lambat sbb bufet nih baru je available dari 15 Julai hingga 6 Ogos. antara menu hebat tahun ni ialah Kambing Panggang, BBQ, Satay, Nasi Beriani Gam Johor, Kari Kepala Ikan. yang lain2 boleh tgk kat poster kat atas tu. kalau nak feel lagi, pegi sendiri la ke Dewan Banquet tu. live performance pun ada ok. heheheh.

p/s: selamat mencuba. promo lebih sebab dah penah pegi tahun lepas and sebab dia hantar email invite aku. hehehe. 

Thursday, July 11, 2013

Siri Bufet Ramadhan #10: Residence Hotel @ UNITEN

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

susah nak cari poster ramadan bufet restoran biasa nih. yang hotel senang nak cari. hehehe. seterusnya aku persembahkan bufet ramadhan stail tradisional di Residence Hotel @ Uniten. esok baru start. so boleh dapat harga promosi lagi nih.



harga: RM 69.60
untuk maklumat lanjut sila call o3 89222088 sambungan 8030. 
boleh juga layari facebooknye. click sini
ataupun korang boleh layari websitenye. click sini.

p/s: selamat mencuba....

Tuesday, July 13, 2010

Restoran Village View

Nama:
Restoran Village View

Lokasi:
Bandar Baru Bangi

Cawangan/Lokasi Lain:
Jalan Reko (Berdekatan Hentian Kajang)
(03-87345635)

Signature Dish/Drink:
Masakan tempatan dan Siam

Recommendation:
*****

dah lama StarveBuster tak update blog nih. dah dua bulan rasanye. sori lah yer. bukan sengaja cuma lately mmg StarveBuster sibuk sket. macam2 urusan perlu diselesaikan.
sebenarnya dah lama StarveBuster nak post pasal Village View nih tapi asyik tertangguh jer. skrg baru ada masa.

yang StarveBuster tahu,restoran nih ada dua cawangan. satu di Bandar Baru Bangi. kene masuk ke dalam sket. berdekatan dengan stesen petronas yang sebaris dgn plaza perabot bangi. satu lagi di Jalan Reko, Kajang. berdekatan dengan Hentian Kajang. konsep ala2 kampung agak menarik dengan binaan restoran daripada kayu dan menyediakan tempat utk duduk bersila. hiasan kolam ikan dan jambatan serta air terjun buatan pun menarik utk menemani masa makan pengunjung. mmg sempoi gak la. ehehehe.

dari segi makanan dan minuman pula spt tiada had. apa sahaja masakan melayu yang terlintas di kepala boleh diorder di sini. klu nak senaraikan mmg tak tersenarai la. hehehe. kene pegi dan rasakan sendiri keenakan makanan di situ. yg StarveBuster paling suka ialah ayam pandan. ketulan daging ayam dibalut dgn daun pandan dan digoreng. masyuk beb. hehehe.

personally, StarveBuster rekemenkan restoran di Bangi berbanding Kajang. masakan di Restoran Village View Bangi lebih sedap berbanding di Kajang. tapi itu cuma pendapat dan lidah StarveBuster . anda kene cuba sendiri utk mengetahuinya. enjoy some of the pics during my visit there:

ikan siakap masak tiga rasa
tomyam campur (tinggal bekas jer. huhuhu)
tauhu goreng ala thai, kerabu mangga, kerang bakar
kailan goreng belacan, ayam pandan

p/s: restoran nih ada buat buffet ramadhan rasanye. nak kene gi tanye gak nih.hehehe

Unique visits (Last 7 days)