Pages

Disclaimer

Segala post bagi Siri Bufet Ramadhan yang didapati dalam blog ini adalah diperolehi oleh penulis melalui carian di Internet. Penulis tidak mendapat sebarang faedah ataupun imbuhan dari siri tersebut. Usaha penulis adalah semata-mata untuk memudahkan pembaca mencari bufet ramadhan yang murah dengan mudah. Penulis juga tidak pernah mencuba sebarang bufet ramadhan dalam siri tersebut melainkan dinyatakan oleh penulis. Sekian, terima kasih.

StarveBuster tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan selera atau kerosakan deria rasa yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. :-)

p/s: Sumber pendapatan blog ini dijana melalui iklan Nuffnang. Segala ketikan (click) pada iklan tersebut adalah amat dihargai. =)

Featured Post

Creamoji: Milkshake Pudding @ Dadih Hirup

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, hari ini StarveBuster nak promote bisnes member. sekarang nih  dah jadi trend kot buat da...

Showing posts with label greeting. Show all posts
Showing posts with label greeting. Show all posts

Monday, July 2, 2012

Ramadhan semakin mendekati

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

dalam kesibukan menjalani kesibukan harian, sekarang nih kita dah berada dalam bulan Syaaban. bermakna tak sampai sebulan lagi kita akan bertemu Ramadhan sekali lagi. masya Allah. syukur Alhamdulillah sekiranya dipanjangkan umur untuk bertemu bulan mulia itu sekali lagi. bagaimana persiapan kita? puasa yang tertinggal tahun lepas dah diganti ke? dah cukup ke latihan dan persediaan kita nak berpuasa sebulan nih? peringatan untuk diri StarveBuster sendiri jugak. renung-renungkan dan selamat membuat persiapan ramadhan.

p/s: Jika diizinkan Allah, Siri Buffet Ramadhan StarveBuster akan diteruskan tahun ini, Insya Allah.

Wednesday, October 13, 2010

Jom Masak

salam selera.

terima kasih kepada mereka yang masih sudi mengunjungi blog ini walaupun tiada entry terkini dalam satu dua minggu ini. bagi mengelakkan blog ini terus sepi, StarveBuster ingin memperkenalkan segmen baru dalam blog Jom Makan ini, iaitu Jom Masak!!

dalam segmen ini, StarveBuster akan berkongsi resipi2 yang mudah dan simple untuk dicuba oleh para pembaca. jika ada pembaca yang ingin berkongsi resipi di blog ini, boleh lah tinggalkan komen atau email kepada nirelwof@gmail.com.

Jom Masak!!

Thursday, October 7, 2010

Jom Kongsi

salam Syawal.

ramadan sudah berlalu. Syawal juga hampir tiba di penghujungnya. StarveBuster tak dapat nak update blog ni selalu sebab bulan Syawal nih byk undangan open house. lagi pun sekarang nih StarveBuster dah kawin. so maybe kurang sket makan kat luar. tp kalau ada, insya Allah StarveBuster akan update. hehehe.

kalau ada antara pembaca yang nak kongsikan atau recommend tempat2 makan yg menarik, boleh email kepada nirelwof[at]gmail.com atau just tinggalkan komen di sini. insya Allah StarveBuster akan respond atau publishkan email/komen anda sebagai satu entri. StarveBuster akan berikan kredit atas sumbangan anda. bukan kredit topup, tp recognition. hehehe.

jom makan.

Wednesday, August 11, 2010

Siri Buffet Ramadan (SBR)

assalamualaikum.

StarveBuster ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada umat islam di seluruh dunia, khususnya untuk pembaca-pembaca blog JOM MAKAN ini. semoga ibadah puasa kita pada tahun ini kan lebih sempurna dari tahun-tahun sudah. insya Allah.
imej from google

sudah menjadi kebiasaan untuk restoran2 dan hotel2 di seluruh negara menganjurkan buffet ramadan sepanjang bulan puasa ini. oleh yang demikian, StarveBuster akan cuba berkongsi dengan pembaca tentang tempat2 yang menyediakan buffet ramadan yang bajet. bajet tu maksudnya harga di bawah RM 80. insya Allah.

kalau para pembaca ingin berkongsi tentang tempat yg menyediakan buffet ramadan yang bajet, boleh berkongsi di sini atau emailkan kepada nirelwof@gmail.com. nnt StarveBuster akan kongsikan diblog ini. insya Allah.
sekian, selamat menunaikan ibadah fardhu dan sunat di bulan puasa.

Monday, February 22, 2010

haluuu

haluuu...

terima kasih dan selamat datang. tujuan blog ini adalah utk mengisi masa lapang aku. hehehe. insya Allah aku akan blogkan tmpt2 makan yg aku rasa menarik dan berbaloi untuk dikunjungi. suka diingatkan bahawa aku buat nih sekadar suka2. tidak mendapat bayaran atau ape2 benefit daripada tulisan aku nih. saja nak kongsi dgn semua org. lgpun, org malaysia kan suka makan. heheheh.

"StarveBuster.blogspot.com". penghapus lapar. mcm penghapus hantu plak. GhostBuster?? hahahaha. memule nak letak nama lain tapi dah ade org amik plak nama2 tu. so aku guna la nama StarveBuster nih. ok??

sebarang komen, cadangan, maklum balas, pendapat, kritikan membina dan yang sewaktu dengannya adalah amat dialu-alukan. amatlah besar saya punya hati kalau korang nak letak link StarveBuster kat blog korang. kalau nak letak link blog korang kat sini, drop a comment, ok??

wassalam.

Unique visits (Last 7 days)