Pages

Disclaimer

Segala post bagi Siri Bufet Ramadhan yang didapati dalam blog ini adalah diperolehi oleh penulis melalui carian di Internet. Penulis tidak mendapat sebarang faedah ataupun imbuhan dari siri tersebut. Usaha penulis adalah semata-mata untuk memudahkan pembaca mencari bufet ramadhan yang murah dengan mudah. Penulis juga tidak pernah mencuba sebarang bufet ramadhan dalam siri tersebut melainkan dinyatakan oleh penulis. Sekian, terima kasih.

StarveBuster tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan selera atau kerosakan deria rasa yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. :-)

p/s: Sumber pendapatan blog ini dijana melalui iklan Nuffnang. Segala ketikan (click) pada iklan tersebut adalah amat dihargai. =)

Featured Post

Creamoji: Milkshake Pudding @ Dadih Hirup

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, hari ini StarveBuster nak promote bisnes member. sekarang nih  dah jadi trend kot buat da...

Showing posts with label putrajaya. Show all posts
Showing posts with label putrajaya. Show all posts

Sunday, June 5, 2016

Siri Bufet Ramadhan 2016 : Putrajaya

assalamualaikum

Siri Bufet Ramadhan 2016 dimulakan dengan senarai bufet ramadan di sekitar kawasan Putrajaya. selamat mencuba.

p/s: sila baca disclaimer

IOI Marriot Hotel, Putrajaya

Putrajaya International Convention Centre (PICC)

Dorsett Putrajaya

The Everly Putrajaya

Taman Ekuestrian Putrajaya

Friday, February 12, 2016

Restoran Tuan Faridah Nasi Ayam Kampung

Nama:
Restoran Tuan Faridah Nasi Ayam Kampung

Lokasi:
61 Jalan BP 6/7,
Bandar Bukit Puchong,
43000 Puchong, Selangor

Cawangan/Lokasi Lain:
-

Signature Dish/Drink:
Ayam kampung, masakan Pantai Timur

Recommendation:
*****

dah lama gila rasanya tak buat restoran review nih. hari nih rasa terpanggil nak buat review dek keenakan makan yangdinikmati di restoran ini. mungkin sbb makan free menambahkan lagi kesedapan makanannya. boss belanja daa. so, bab harga takleh nak review la kat sini ye. gambar pun tak sempat nak snap.

Restoran Tuan Faridah nih menyajikan makanan2 tempatan. orang kata masakan kampung la. menu istimewanya pastilah ayam kampung. standard size ayam kampung takde la besar sgt. sedang2 aje. tak penah lagi tgk ayam kampung besar mcm ayam belanda. hehehe. masakan lain plak mmg mampu menitiskan air liur anda. antaranya, telur itik masak lemak cili api, ikan keli sambal hijau, siput sedut masak lemak, pelbagai jenis kari/gulai ayam dan ikan, ulam-ulaman, budu dan sambal belacan, pelbagai masakan sayuran seperti kailan, cekur manis dan taugeh serta byk lagi. dua barisan makanan tu dua kali aku round baru boleh decide nak makan apa.

air pun macam2 jenis ada tapi yang specialnya air kelapa, jus pegaga dan jus durian belanda. boleh request gelas besar rasanya sbb aku nmpk ada org minum gelas besar gedabak. tapi aku minum air sirap limau jer. hehehe.

p/s: selamat mencuba.
koi tak sempat nak amik gambor. aok google je lah ye. =)

Tuesday, January 19, 2016

New Makan Place in Bangi

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

StarveBuster kini kembali. setelah sekian lama menyepikan diri akhirnya StarveBuster membuat kemunculan semula. heheheh. maaf deh lamo dok update blog nih. sibuk kijo banyok.
berbalik kepada topik asal kita, New Makan Place in Bangi. pasti ramai yang menantikan pembukaan restoran yang menjadi bualan ramai ini. penah menjadi kontroversi sekontroversi namanya. tapi usah biarkan hidup anda diselubungi kontroversi. tingkatkan jatidiri, jauhi fitnah duniawi. in sha Allah...

kepada yang penah dan akan menyerbu Restoran Me'nate Steakhub ini, kalau boleh kongsikan lah pengalaman anda bersama-sama StarveBuster dan pembaca yang lain ye. boleh jadi reference dan rujukan. terima kasih.

Sumber: https://www.facebook.com/MenateSteakHub/
Sumber: https://www.facebook.com/MenateSteakHub/

menanti hari pembukaan rasmi

Nota kaki:
i. Pembukaan rasmi pada 22 Januari 2016

p/s: entah bila aku nak pegi. dah lama tak pekene steak nih.


Friday, July 4, 2014

2014 Bufet Ramadhan #5: Umai Cafe, Putrajaya


Harga:
RM 39.90 (dewasa)
RM 20 (kanak2 [6thn-12thn])

Tempahan: Amir 0136067710 | Shira 0122396118

Thursday, June 12, 2014

2014 Bufet Ramadhan #4: Kelab Tasik Putrajaya



Harga Early Bird (15 Jun - 1 Julai): 
- RM60.00 (dewasa)

Harga Biasa:
- RM 65.00+ (dewasa)
- RM 39.00+ (kanak2)
- percuma untuk kanak2 di bawah 5 tahun

Tempahan: 03 8889 5008


2014 Bufet Ramadhan #3: Bayou Coffee House, Cyberjaya


Harga Early Bird (hingga 14 Jun): 
- RM49.90

Harga Biasa
- RM55

Tempahan: 019 3305848



2014 Bufet Ramadhan #2: Palm Garden Hotel

 

Harga Promosi (28 Jun - 4 Julai): 
- RM70.00 net (dewasa)

Harga biasa:
- RM90.00 net (dewasa)

Thursday, June 5, 2014

2014 Bufet Ramadhan #1: Putrajaya International Convention Center (PICC)


Harga: 
- RM80.00 (dewasa)
- RM40.00 (kanak2)
- Percuma (kanak2 bawah 5 tahun)

Tarikh: 30 Jun 2014 - 25 Julai 2014
Masa: 6.30 petang - 10.30 malam

Tempahan: 03 8887 6162


Tuesday, July 16, 2013

Siri Bufet Ramadhan #17: Bayou Coffee House Cyberjaya

assalamualaikum warahamatullahi wabarakatuh,

masih ada yang mencari tempat untuk berbuka puasa? cuba nih. Bayou Coffee House di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya.


harga: RM 45nett
no telefon: 019 3305848 / 016 9680293 / 012 6036528
maklumat lanjut di facebooknye. click sini.
nak tau ape menunya? cer tgk poster kat bawah nih.

p/s: selamat berbuka...

Monday, July 15, 2013

Siri Bufet Ramadhan #16: Mangiamo Cafe, Taman Ekuestrian Putrajaya

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

aku rasa ramai jugak yang mencari bufet ramadhan kat Taman Ekuestrian Putrajaya nih. aku pun duk mencari dari awal puasa hari tu tp diorang takde info lg. nih baru jumpa.


harga: RM48nett (dewasa) / RM38nett (kanak2 6-12 tahun)
Tempahan Awal amat digalakkan, hubungi: 03 88886080 samb 137 atau samb 153 / 03 88811270
sape nak naik kuda pony free kene datang awal (6.00 - 6.30 pm)
kalau nak maklumat lanjut, sila layari laman webnya. click sini.
atau layari facebooknye. click sini.

p/s: selamat menunggang kuda...

Friday, July 12, 2013

Siri Bufet Ramadhan #13: Putrajaya International Convention Center (PICC)

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

smlm ada org tanya aku pasal buffet ramadhan kat PICC ni. so, here you go.


Harga: RM70 (dewasa) / RM29 (kanak2)
no telefon: 03 88876230 / 03 88876231 / 019 2594334
no fax: 03 88876416
email: edencateringsales@edenzil.com
kalau nak maklumat lanjut boleh layari blognye. click sini.

p/s: selamat berbuka....

Thursday, July 11, 2013

Siri Bufet Ramadhan #10: Residence Hotel @ UNITEN

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

susah nak cari poster ramadan bufet restoran biasa nih. yang hotel senang nak cari. hehehe. seterusnya aku persembahkan bufet ramadhan stail tradisional di Residence Hotel @ Uniten. esok baru start. so boleh dapat harga promosi lagi nih.



harga: RM 69.60
untuk maklumat lanjut sila call o3 89222088 sambungan 8030. 
boleh juga layari facebooknye. click sini
ataupun korang boleh layari websitenye. click sini.

p/s: selamat mencuba....

Siri Bufet Ramadhan #8: Palm Garden Hotel IOI Resort

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

maaf ye tuan2 dan puan2. masih di putrajaya. kali nih sebuah hotel di pinggiran putrajaya iaitu Palm Garden Hotel IOI Resort. kampung style y'all!! hehehe.

harga: RM75++ (dewasa) / RM45++ (kanak2)
kalau nak lebih info, lebih baik telefon terus di talian 03 89432233. facebook dia mcm tak berapa nak update sgt la. tp kalau nak tgk jugak, click sini. kalau nak tgk info kat website pun boleh. click sini.

p/s: this is kampung style...

Siri Bufet Ramadhan #7: Chakri Xpress, Alamanda Putrajaya

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

masih di putrajaya. kali ni kita ke Alamanda. kat Alamanda tu mmg banyak kot kedai makan. mcm2 jenis makanan ada. yg aku nak kongsi nih adalah sebuah restoran masakan Thai iaitu Chakri Xpress.


harga: RM49.90++ (dewasa) / RM25.90++ (kanak2 6-10 tahun dan warga emas 60 tahun ke atas)
kalau nak tanya or buat reservation, boleh call 016 2277548 atau email affandy@chakri.com.my.
kalau nak maklumat lanjut boleh layari facebooknye. click sini. 
boleh jugak layari websitenye. nak beli coupon online pun boleh. click sini. 

p/s: sawadikaaap...


Siri bufet Ramadhan #6: Pullman Putrajaya Lakeside

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

masih lagi bertemakan tepian tasik, kali ni bufet yang agak grand sket. hehehe. hotel mesti la grand sket kan? Pullman Putrajaya Lakeside. konsep ala-ala bazar ramadan di tepi tasik. macam menarik kan? jom la belanja aku sekali. hahahaha.


harga: RM110nett (dewasa) / diskaun 50% untuk kanak2 berumur 6-12 tahun
kalau nak book boleh call 038890 0000 ext 6812 atau layari facebooknye. click sini.

p/s: enjoy your feast....hehehe

Siri Bufet Ramadhan #5: Kelab Tasik Putrajaya

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

cadangan destinasi berbuka puasa seterusnya sekali lagi membawa kita ke Putrajaya. kali ini kita ke Kelab Tasik Putrajaya. nama pun Kelab Tasik, maka lokasinya mestilah di pinggiran tasik. berhadapan pulak dengan salah satu mercu tanda Putrajaya, iaitu Bangunan Perdana Putra yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri Malaysia.


harga: RM60+ (dewasa) / RM38+ (kanak2 5-12 tahun)
seperti biasa kene call untuk buat reservation. kalau walk-in tu kira nasib la yer. hehehehe
no telefon: 03 88895008
kalau nak maklumat lanjut, boleh layari laman facebooknye. click sini.

p/s: selamat berkelab di tepian tasik...

Wednesday, July 10, 2013

Siri Bufet Ramadhan #4: Cruise Tasik Putrajaya

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

awal2 puasa nih biasanye mmg ramai yang rajin nak berbuka puasa di luar. so, ramai la yang akan mencari tempat2 yang sesuai nak berbuka. dan kebiasaannya ramai yang memilih untuk berbuka secara bufet. bufet ramadhan pilihan admin seterusnya ialah Cruise Tasik Putrajaya. Cruise Tasik ni dulunya dikendalikan oleh sebuah syarikat swasta tapi sekarang nih telah diserahkan dan dikendalikan sepenuhnya oleh Perbadanan Putrajaya. 


harga: RM 88nett (dewasa) / RM58nett (kanak2)
kalau ada yang berminat atau nak merasa berbuka puasa di atas bot, boleh lah buat tempahan. kene buat tempahan awal ye.
no telefon: 03 88885539
no fax: 03 88883769
email: sales@cruisetasikputrajaya.com

kalau nak maklumat lanjut tentang Cruise Tasik nih, boleh layari facebook Cruise Tasik Putrajaya. click sini.

p/s: selamat ber'cruise'...

Siri Bufet Ramadan #3: Pusat Maritim Putrajaya

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Ramadan,

meneruskan Siri Bufet Ramadan kita pada hari ini ialah di Pusat Maritim Putrajaya. dengan pemandangan tasik yang permai pasti menggamit rasa dan memberi kelainan ketika berbuka. hehehe.


harga: RM65nett (dewasa) / RM45nett (kanak2)
untuk tempahan, sila hubungi nombor seperti yang tertera di poster. tak nampak?
no telefon: 03 88880317
no fax: 03 88893526
email: maritimecentre@gmail.com

mcm mana nak gi sana? tgk peta kat sini. atau layari facebook Maritime Centre Putrajaya. click sini.

p/s: enjoy yourself tp jgn lupa pegi terawih ;)

Siri Bufet Ramadhan #1: Umai Cafe, Putrajaya

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

seperti kebiasaannya, aku akan cuba menyenaraikan restoran/cafe yang menyediakan buffet ramadhan untuk korang buat pilihan sepanjang ramadhan ini. kali ini kita mulakan dengan area Putrajaya.


harga: RM39nett (dewasa) / RM19nett (kanak2)
untuk pertanyaan/tempahan, sila call Amir (0136067710) atau Datin Jamaliah (0122042028)
untuk maklumat lanjut, boleh la pegi tgk kat Facebook Page dia. click sini.

Thursday, July 26, 2012

Siri Buffet Ramadhan #5: Mangiamo Cafe @ Taman Ekuestrian Putrajaya

assalamualaikum,

setelah hampir seminggu berpuasa, Siri Buffet Ramadhan diteruskan dengan:


Telefon: 03-8888 6080 (Ext. 120 - Cafe)

p/s: selamat mencuba :)

Unique visits (Last 7 days)