Pages

Disclaimer

Segala post bagi Siri Bufet Ramadhan yang didapati dalam blog ini adalah diperolehi oleh penulis melalui carian di Internet. Penulis tidak mendapat sebarang faedah ataupun imbuhan dari siri tersebut. Usaha penulis adalah semata-mata untuk memudahkan pembaca mencari bufet ramadhan yang murah dengan mudah. Penulis juga tidak pernah mencuba sebarang bufet ramadhan dalam siri tersebut melainkan dinyatakan oleh penulis. Sekian, terima kasih.

StarveBuster tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan selera atau kerosakan deria rasa yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. :-)

p/s: Sumber pendapatan blog ini dijana melalui iklan Nuffnang. Segala ketikan (click) pada iklan tersebut adalah amat dihargai. =)

Featured Post

Creamoji: Milkshake Pudding @ Dadih Hirup

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, hari ini StarveBuster nak promote bisnes member. sekarang nih  dah jadi trend kot buat da...

Friday, February 12, 2016

Restoran Tuan Faridah Nasi Ayam Kampung

Nama:
Restoran Tuan Faridah Nasi Ayam Kampung

Lokasi:
61 Jalan BP 6/7,
Bandar Bukit Puchong,
43000 Puchong, Selangor

Cawangan/Lokasi Lain:
-

Signature Dish/Drink:
Ayam kampung, masakan Pantai Timur

Recommendation:
*****

dah lama gila rasanya tak buat restoran review nih. hari nih rasa terpanggil nak buat review dek keenakan makan yangdinikmati di restoran ini. mungkin sbb makan free menambahkan lagi kesedapan makanannya. boss belanja daa. so, bab harga takleh nak review la kat sini ye. gambar pun tak sempat nak snap.

Restoran Tuan Faridah nih menyajikan makanan2 tempatan. orang kata masakan kampung la. menu istimewanya pastilah ayam kampung. standard size ayam kampung takde la besar sgt. sedang2 aje. tak penah lagi tgk ayam kampung besar mcm ayam belanda. hehehe. masakan lain plak mmg mampu menitiskan air liur anda. antaranya, telur itik masak lemak cili api, ikan keli sambal hijau, siput sedut masak lemak, pelbagai jenis kari/gulai ayam dan ikan, ulam-ulaman, budu dan sambal belacan, pelbagai masakan sayuran seperti kailan, cekur manis dan taugeh serta byk lagi. dua barisan makanan tu dua kali aku round baru boleh decide nak makan apa.

air pun macam2 jenis ada tapi yang specialnya air kelapa, jus pegaga dan jus durian belanda. boleh request gelas besar rasanya sbb aku nmpk ada org minum gelas besar gedabak. tapi aku minum air sirap limau jer. hehehe.

p/s: selamat mencuba.
koi tak sempat nak amik gambor. aok google je lah ye. =)

No comments:

Post a Comment

What do you think??

Unique visits (Last 7 days)