Pages

Disclaimer

Segala post bagi Siri Bufet Ramadhan yang didapati dalam blog ini adalah diperolehi oleh penulis melalui carian di Internet. Penulis tidak mendapat sebarang faedah ataupun imbuhan dari siri tersebut. Usaha penulis adalah semata-mata untuk memudahkan pembaca mencari bufet ramadhan yang murah dengan mudah. Penulis juga tidak pernah mencuba sebarang bufet ramadhan dalam siri tersebut melainkan dinyatakan oleh penulis. Sekian, terima kasih.

StarveBuster tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan selera atau kerosakan deria rasa yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. :-)

p/s: Sumber pendapatan blog ini dijana melalui iklan Nuffnang. Segala ketikan (click) pada iklan tersebut adalah amat dihargai. =)

Featured Post

Creamoji: Milkshake Pudding @ Dadih Hirup

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, hari ini StarveBuster nak promote bisnes member. sekarang nih  dah jadi trend kot buat da...

Showing posts with label Ampang. Show all posts
Showing posts with label Ampang. Show all posts

Saturday, July 5, 2014

2014 Bufet Ramadhan #7: Istana Bambu, Ampang

Harga:
- RM 49.00+ (dewasa)
- RM 25.00+ (kanak2)
- percuma untuk kanak2 di bawah 5 tahun

Tempahan: 018 293 4321 | 03 4251 4717

Friday, July 4, 2014

2014 Bufet Ramadhan #6: Bora Ombak


Harga:
RM 48.00+ (dewasa)
RM 29.90+ (kanak2)

Tempahan: 03 4251 6303 | 010 214 1825 | 016 608 9806

Facebook: https://www.facebook.com/pages/BoraOmbak/118342014867035

Saturday, July 13, 2013

Siri Bufet Ramadhan #15: Bora Ombak, Ampang

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

di hari sabtu begini, di bulan puasa pulak tu, mesti ramai yang memasak untuk juadah berbuka. tapi tak kurang jugak yang amik peluang hujung minggu nih untuk makan di luar. so, ini cadangan seterusnya. bukan recommend ye, suggestion. mcm mana nak recommend kalau aku pun tak penah pegi. ye tak? hehehe.


harga: RM39+
no telefon: 03 42516303 / 016 3015685 / 016 6089806
email: boraombak@gmail.com
kalau nak maklumat lebih lanjut lagi, boleh lah periksa (??!) facebooknye. click sini.

p/s: ombak bukan Ong Bak...peace yo!!

Siri Bufet Ramadhan #14: Restoran Istana Bambu, Ampang

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

siri ini akan diteruskan dengan destinasi seterusnya yang terletak di Jalan Ulu Kelang, Ampang. aku sendiri pun tak penah pegi lagi. well, most of tempat2 yang aku post dalam siri bufet ramadhan nih pun aku tak penah pergi. hehehe.


harga: RM48 (dewasa) / RM24 (kanak2 5-12 tahun)
no telefon: 03 4251 4714 / 03 42524718
email: info@instanabambu.com.my
maklumat lanjut boleh diperolehi di laman webnye. click sini.
atau boleh layari facebooknye. click sini.

p/s: selamat menikmati sajian istana...

Monday, August 15, 2011

Koleksi Buffet Ramadhan 2011#3

Salam 15 Ramadhan,

Siri ketiga Koleksi Buffet Ramadhan 2011 StarveBuster diteruskan dengan 2 lagi buffet.

1. Benjiana Steakhouse Cafe, Taman Setiawangsa

2. Restoren Intai-Intai, Ampang

Selamat Mencuba.

Saturday, April 10, 2010

Ayam Bakar Wong Solo

Nama:
Ayam Bakar Wong Solo

Lokasi:
No. G18 & G19
Jalan Dagang B/3A
Taman Dagang
Ampang

03  4270 1947

Cawangan/ Lokasi Lain:
Seksyen 8, Bandar Baru Bangi

Signature Dish/Drink:
Ayam Bakar, Ayam Penyet

Recommendation:
*****


Dari nama nya pun mungkin para pembaca dah dapat teka apa yang istimewa di sini. Ayam bakar. Namun, menu ayam penyet juga sgt sedap. Franchise restoran yang berasal dari yogyakarta, Indonesia ini adalah sgt popular di tanah seberang. Pemiliknya juga dikatakan sangat terkenal kerana kejayaan franchise makanan ini. restoran ini terletak di Taman Dagang, Ampang dan berdekatan dengan Galaxy Mall. tak sukar untuk mencarinya sbb restoran ini mengambil dua lot kedai dan papan tandanya juga sgt besar. hehehe.

StarveBuster cuma pernah sekali berkunjung ke sini dan makanannya mmg sgt menyelerakan. Pelanggan boleh memilih untuk memesan set yang telah ditetapkan atau memesan secara ala carte dari deretan menu yang sgt2 menyelerakan. Selain ayam bakar, ayam penyet ialah satu lagi menu utama yg sgt2 enak dimakan bersama nasi putih, tempe dan tauhu goreng (juga dipenyetkan). menu sampingan lain juga tidak kurang hebatnya seperti sayur asam, pecel lele, empal sapi dan pelbagai lagi masakan dari seberang yang menarik untuk dicuba.

Minumannya juga begitu variety. Namun yang menangkap perhatian StarveBuster ialah Jus Poligami dan Soda Gembira. Kedua-duanya minuman berasaskan soda. Jus poligami adalah campuran soda dan susu manakala Soda Gembira adalah campuran soda, sirap dan susu.

Selain di Taman Dagang dan Bandar Baru Bangi, Wong Solo ada satu lagi cawangan. Tapi StarveBuster tak igt kat mana. Mungkin kat kampong Baru. Kalau ada sapa2 boleh verify, StarveBuster would really appreciate it. terima kasih.

Jika inginkan kelainan, Wong Solo lah tempatnya.

update: StarveBuster sudah 2 kali berkunjung ke Restoran Wong Solo di Bandar Baru Bangi. juga mengambil 2 lot kedai. sgt besar. boleh duduk di meja biasa ataupun bersila di partition2 yang disediakan. besttt.... hehehehe.

Set Ayam Penyet (served with mineral water)

Sirap Limau Ais

 p/s:  dikatakan pemilik franchise ini mempunyai bbrp isteri. sbb tu ada menu Jus Poligami. jgn risau. Halalan Thayyiban. insya Allah.

Unique visits (Last 7 days)