Pages

Disclaimer

Segala post bagi Siri Bufet Ramadhan yang didapati dalam blog ini adalah diperolehi oleh penulis melalui carian di Internet. Penulis tidak mendapat sebarang faedah ataupun imbuhan dari siri tersebut. Usaha penulis adalah semata-mata untuk memudahkan pembaca mencari bufet ramadhan yang murah dengan mudah. Penulis juga tidak pernah mencuba sebarang bufet ramadhan dalam siri tersebut melainkan dinyatakan oleh penulis. Sekian, terima kasih.

StarveBuster tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan selera atau kerosakan deria rasa yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. :-)

p/s: Sumber pendapatan blog ini dijana melalui iklan Nuffnang. Segala ketikan (click) pada iklan tersebut adalah amat dihargai. =)

Featured Post

Creamoji: Milkshake Pudding @ Dadih Hirup

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, hari ini StarveBuster nak promote bisnes member. sekarang nih  dah jadi trend kot buat da...

Showing posts with label Damansara. Show all posts
Showing posts with label Damansara. Show all posts

Wednesday, January 20, 2016

Creamoji: Milkshake Pudding @ Dadih Hirup

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

hari ini StarveBuster nak promote bisnes member. sekarang nih  dah jadi trend kot buat dadih hirup. sbb banyak dah tengok di pasaran. tapi yang special nye member StarveBuster nih sebab dia tak guna serbuk dadih yang ada jual kat kedai2 tu. dia buat sendiri. original resipi. purely homemade. macam mana dia buat tu aku tak tau la. yang penting sedap dan harga berpatutan. satu botol berkapasiti 300ml, harganya RM5.00. antara perisa yang available sekarang ialah originalcoffee (favourite aku nih), teh tarik (my 2nd favourite), strawberi dan coklat. mungkin ada lagi perisa lain yang akan dikeluarkan. setiap perisa baru yang akan dikeluarkan akan melalui proses R&D dan ujian lapangan. memang berbaloi.


untuk tempahan dan maklumat lanjut:
call/whatsapp: +60126078205
email: my.creamoji@gmail.com


Nota kaki:
i.  Perisa teh tarik adalah limited edition and by request only.
ii. StarveBuster pun boleh jadi agen kalau korang nak order ngan StarveBuster. eheheh

p/s: #tambahpendapatan

Friday, July 12, 2013

Siri Bufet Ramadhan #12: The Royale Bintang The Curve Hotel

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

bagi yang tinggal kat area damansara tu, The Royale Bintang The Curve Hotel ada menyediakan bufet ramadhan dengan harga yang agak berpatutan.



harga: RM38++ (Asam Pedas) / RM 65++ (The Window Restaurant & The Terrace)
no telefon: 03 78431111 ext 1405
kenapa ade dua poster? sebab harga lain2. Asam Pedas tu nama salah satu restoran kat hotel nih yang menyediakan masakan2 melayu. The Window Restaurant dan The Terrace tu pulak lagi dua restoran yang ada kat hotel tu. harga pun lain2. so, pilihlah ikut selera dan poket masing2. oh ye, kalau nak check it out websitenye, click sini.

p/s: selamat memilih....

Tuesday, May 4, 2010

Waroeng Penyet


Nama:
Waroeng Penyet

Lokasi:
The Curve, Mutiara Damansara

Cawangan/Lokasi Lain:
-

Signature Dish/Drink:
Ayam Penyet

Recommendation:
*****


bila first time makan ayam penyet kat Restoran Wong Solo dulu, teringin nak search kat internet kat mana lagi ada ayam penyet nih. salah satu hasilnya ialah Waroeng Penyet nih lah. so, bila StarveBuster berkunjung ke The Curve nih, StarveBuster pun try la ayam penyet kat waroeng penyet nih plak.

khabarnya waroeng nih mmg sentiasa penuh. kadang2 tu kene tunggu la to be seated. style layan diri sket2. maksudnya, bila korang duduk, pelayan akan hantar menu and order sheet. korang pilih apa yg korang nak makan and tanda pada order sheet tu. then pegi bayar kat kaunter, amik no order dan tunggu sehingga pelayan menghantar order anda. hehehe. mudah kan?

pasal menu dia mcm biasa la, Ayam Penyet. ape yg aku bleh bezakan dgn Wong Solo ialah sambal dia. lebih pedas, lebih berapi. sos dia pun buat mcm McD. amik kat kaunter khas. boleh refill sesuka hati. hehehe. StarveBuster tak nk ckp byk pasal menu dia sbb StarveBuster ade menu dia kat bawah nih. nikmati lah.


StarveBuster mmg rekemen la sgt ayam penyet nih. kepada semua peminat2 ayam kat luar sana, sila lah cuba ayam penyet nih. anda pasti tak menyesal. cayo lah cakap den ni ha. huhuhu

p/s: ada lagi ke ayam penyet kat tmpt lain?? hmmmm

Unique visits (Last 7 days)