Pages

Disclaimer

Segala post bagi Siri Bufet Ramadhan yang didapati dalam blog ini adalah diperolehi oleh penulis melalui carian di Internet. Penulis tidak mendapat sebarang faedah ataupun imbuhan dari siri tersebut. Usaha penulis adalah semata-mata untuk memudahkan pembaca mencari bufet ramadhan yang murah dengan mudah. Penulis juga tidak pernah mencuba sebarang bufet ramadhan dalam siri tersebut melainkan dinyatakan oleh penulis. Sekian, terima kasih.

StarveBuster tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan selera atau kerosakan deria rasa yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. :-)

p/s: Sumber pendapatan blog ini dijana melalui iklan Nuffnang. Segala ketikan (click) pada iklan tersebut adalah amat dihargai. =)

Featured Post

Creamoji: Milkshake Pudding @ Dadih Hirup

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, hari ini StarveBuster nak promote bisnes member. sekarang nih  dah jadi trend kot buat da...

Showing posts with label char koay teow. Show all posts
Showing posts with label char koay teow. Show all posts

Wednesday, April 14, 2010

Serdang Char Kuey Teow


Nama:
Serdang Char Kuey Teow

Lokasi:
Taman Seri Serdang

Cawangan/Lokasi Lain:
-

Signature Dish/Drink:
Char Kuey Teow

Recommendation:
*****

dah nama pun Serdang Char Kuey Teow (CKT), mesti la jual CKT kat serdang kan? hehehe. kepada yang tinggal area2 serdang and malas nak pegi sampai ke setapak utk makan CKT kat Mali's, CKT ni boleh tahan laa. sedap jugak laa.

lokasi kat taman seri serdang. actually, dia jual kat tepi jalan jer. customer dia adalah pengunjung kedai mamak yang berhampiran. dia jual betul2 kat depan kedai mamak tu. mesti la dah ade agreement kot ngan kedai mamak tu, kan? hehehe. kalau korang pegi taman seri serdang, ada satu Maybank kat situ. kedai mamak nih dekat row maybank tu jugak tapi at the opposite end. ermmm. paham2 la kot. kalau tak paham, tanya la. heheheh.

ni la 'kiosk' Serdang CKT (sori lupa nak snap gmbr kedai mamak tu)
ape lagi aku nak describe ek? oh yer. CKT dia ada yg biasa and ade yg special. klu yg special tu udang lebih la kan. yang biasa RM 3.50 sepinggan dan yang special RM 4.00 sepinggan. puas hati la aku makan. sedap dan menyelerakan.

nmpk sedap kan? hehehe

p/s: masih lagi mencari lokasi2 CKT yang tak kurang sedapnya di kawasan lembah kelang selatan. hehehe.

Monday, February 22, 2010

Mali's Corner Char Koay Teow

Nama:
Mali's Corner Char Koay Teow

Lokasi:
Danau Kota, Setapak, KL

Cawangan/ Lokasi Lain:
Taman Bunga Raya, KL

Signature Dish/Drink:
Char Koay Teow

Recommendation:
*****


Kepada mereka yang tinggal di area berdekatan Setapak, KL pasti tahu tmpt ini. bukan sahaja di setapak tapi sudah popular ke seantero wilayah persekutuan KL dan kawasan2 yang sewaktu dengannya. Lokasi asalnya adalah di Taman Bunga Raya, KL. exact location kene google or wikimapia la. hehehe. kemudian dia bukak satu cawangan dkt Danau Kota. restoren 2 tingkat nih mmg dekat sangat dengan Uptown Danau Kota. kalau yang dekat Taman Bunga Raya tu lebih kepada street hawker's style, konsep cawangan di Danau Kota lebih kepada ala restoran layan diri.

dari segi harganya amatlah berpatutan dan berbaloi2. mmg tak rugi makan kat situ. menu yang paling popular of course lah char koay teow (CKT) nye. ada yg biasa, ada yg besar dan ade yang special. selain CKT, antara menu lain yg sinonim dgn Mali's Corner adalah Nasi Lemak Ayam Kampung. walau bagaimanapun, StarveBuster belum sempat lagi merasa nasik lemak tu. mungkin lain kali. 

kalau nak rasa CKT terbaik dari ladang....ooopsss...i mean CKT terbaik di lembah klang, jangan lupa pergi ke Mali's Corner. pasti tak menyesal. hehehe.

p/s: kalau nak gmbr, sila google. tak sempat nak snap pic sendiri. TQ.

Unique visits (Last 7 days)