Nama:
Restoran Saba'Lokasi:
Cyberjaya
Cawangan/Lokasi Lain:
-Signature Dish/Drink:
Nasi Arab
Recommendation:
*****first time makan kat restoran saba' nih mmg haru jugak lah. sbb tak tau nak order ape. maklumlah menu pun dari arab. nasib baik ada member yg rekemenkan. nasi dia mmg terbaik dari ladang. panjang2 beras dia. memula tgk tu kagum gak. orang ckp diorang guna beras basmati (betul ke aku eja nih). huhhuhu.
cara hidangan dia plak boleh order quarter meal atau half meal. ada ayam and kambing. cara masakan plak ade macam2. ade lima jenis kot. tapi tak igt semua la. antara yg ada ialah roasted (faveret StarveBuster), grilled, khabsah dan ada lagi la. tak igt la. kepada yg perut kecik and tak makan byk, (especially kaum wanita) kalau order yg quater tu pun bleh kongsi 2 orang. pastikan korang betul2 lapar kalau nak pegi mkn kat sini. dijamin sedap. sbb tu StarveBuster berani bagi 5 bintang. hehehe.
ada makanan lain jugak sbb kebab, sandwich, lauk pauk dan pelbagai lagi la. cakap pasal kebab, jgn tersalah anggap dgn kebab kat malaysia nih. sbb kat restoran nih nama je kebab tapi cara hidangan dia lain. bukan macam kebab yg selalu kita beli kat pasar malam tu. klu korang nak kebab mcm tu, korang kene mintak 'schawama' (lebih kurang mcm nih la eja dia). tgk dlm menu tu mesti ada. dari segi minuman plak biasa jer. cuma dulu ada jual bir halal tu. skrg tak tau la ade lagi ke tak.
tmpt nih kat cyberjaya. opposite Perhentian Bas Cyberjaya and Street Mall Cyberjaya. kalau korang google mesti jumpa nye lah. klu tak jumpa, bleh mintak direction ngan StarveBuster. heheheh apa2 pun, StarveBuster mmg sgt recommend la pegi kat sini. gerenti puas hati dengan rasa dan harganya.
oops. lupa nak bagitahu sumting important. restoran nih bukak dari jam 12.00 tghari smpi lewat malam dan tutup pada hari jumaat. so, rancanglah perjalanan anda. hehehe
p/s: penah makan nasi kambing kat Hotel Pullman Putrajaya. beras dia lagi panjang daa. huhuhu
halamak..lapo la pulak..
ReplyDeleteeh saba pun dah masuk entry belog kah? hehehe..
ReplyDeletetempat nie gerek sehhh :)
http://nomborsebelas.blogspot.com/