Pages

Disclaimer

Segala post bagi Siri Bufet Ramadhan yang didapati dalam blog ini adalah diperolehi oleh penulis melalui carian di Internet. Penulis tidak mendapat sebarang faedah ataupun imbuhan dari siri tersebut. Usaha penulis adalah semata-mata untuk memudahkan pembaca mencari bufet ramadhan yang murah dengan mudah. Penulis juga tidak pernah mencuba sebarang bufet ramadhan dalam siri tersebut melainkan dinyatakan oleh penulis. Sekian, terima kasih.

StarveBuster tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan selera atau kerosakan deria rasa yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. :-)

p/s: Sumber pendapatan blog ini dijana melalui iklan Nuffnang. Segala ketikan (click) pada iklan tersebut adalah amat dihargai. =)

Featured Post

Creamoji: Milkshake Pudding @ Dadih Hirup

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, hari ini StarveBuster nak promote bisnes member. sekarang nih  dah jadi trend kot buat da...

Wednesday, October 13, 2010

Jom Masak: Ayam Panggang Ala Kadar

salam selera.

resipi kita yang pertama untuk segmen JOM MASAK ini ialah Ayam Panggang Ala Kadar. Resipi nih mudah je. sbb tu la nama dia pun ala kadar jer tetapi sudah dicuba sendiri oleh StarveBuster sendiri. insya Allah sedap. heheheh.

AYAM PANGGANG ALA KADAR

Bahan-bahan:

1 ekor ayam
- (kalau beli yang sudah dipotong, anggaran berat 1kg - 1.5kg)
1 sudu kecil kunyit
1 sudu kecil garam
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk Knorr Pasti Sedap
- (boleh ganti ngan serbuk pati ayam atau Maggi Cukup Rasa)
1 biji bawang besar - dikisar
1 inci halia - dikisar
4 ulas bawang putih - diketuk


Cara memasak:

  1. Bersihkan ayam sebersih-bersihnya dan keringkan.
  2. Gaulkan semua bahan bersama-sama ayam termasuk bahan yang dikisar. Gaul hingga rata dan sebati.
  3. Bawang putih yang diketuk tadi diletakkan di celah-celah kulit ayam atau di dalam ayam (jika bukan ayam potong)
  4. Kemudian, perap ayam di dalam bekas bertutup seperti tupperware atau dalam plastik yang diikat. Simpan di dalam peti sejuk untuk semalaman.
  5. Panggang ayam pada suhu 200 hingga 250 darjah Celcius selama 45 minit hingga 1 jam.
  6. Untuk memastikan ayam dipanggang rata, balutkan ayam dengan aluminium foil sebelum diletakkan di atas dulang pembakar.
  7. Ayam panggang ini sedap dimakan bersama sos lada hitam.

Selamat mencuba!!

Jom Masak

salam selera.

terima kasih kepada mereka yang masih sudi mengunjungi blog ini walaupun tiada entry terkini dalam satu dua minggu ini. bagi mengelakkan blog ini terus sepi, StarveBuster ingin memperkenalkan segmen baru dalam blog Jom Makan ini, iaitu Jom Masak!!

dalam segmen ini, StarveBuster akan berkongsi resipi2 yang mudah dan simple untuk dicuba oleh para pembaca. jika ada pembaca yang ingin berkongsi resipi di blog ini, boleh lah tinggalkan komen atau email kepada nirelwof@gmail.com.

Jom Masak!!

Thursday, October 7, 2010

Jom Kongsi

salam Syawal.

ramadan sudah berlalu. Syawal juga hampir tiba di penghujungnya. StarveBuster tak dapat nak update blog ni selalu sebab bulan Syawal nih byk undangan open house. lagi pun sekarang nih StarveBuster dah kawin. so maybe kurang sket makan kat luar. tp kalau ada, insya Allah StarveBuster akan update. hehehe.

kalau ada antara pembaca yang nak kongsikan atau recommend tempat2 makan yg menarik, boleh email kepada nirelwof[at]gmail.com atau just tinggalkan komen di sini. insya Allah StarveBuster akan respond atau publishkan email/komen anda sebagai satu entri. StarveBuster akan berikan kredit atas sumbangan anda. bukan kredit topup, tp recognition. hehehe.

jom makan.

Unique visits (Last 7 days)