Pages

Disclaimer

Segala post bagi Siri Bufet Ramadhan yang didapati dalam blog ini adalah diperolehi oleh penulis melalui carian di Internet. Penulis tidak mendapat sebarang faedah ataupun imbuhan dari siri tersebut. Usaha penulis adalah semata-mata untuk memudahkan pembaca mencari bufet ramadhan yang murah dengan mudah. Penulis juga tidak pernah mencuba sebarang bufet ramadhan dalam siri tersebut melainkan dinyatakan oleh penulis. Sekian, terima kasih.

StarveBuster tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan selera atau kerosakan deria rasa yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. :-)

p/s: Sumber pendapatan blog ini dijana melalui iklan Nuffnang. Segala ketikan (click) pada iklan tersebut adalah amat dihargai. =)

Featured Post

Creamoji: Milkshake Pudding @ Dadih Hirup

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, hari ini StarveBuster nak promote bisnes member. sekarang nih  dah jadi trend kot buat da...

Tuesday, April 27, 2010

Restoran Saba'

Nama:
Restoran Saba'

Lokasi:
Cyberjaya

Cawangan/Lokasi Lain:
-

Signature Dish/Drink:
Nasi Arab

Recommendation:
*****

first time makan kat restoran saba' nih mmg haru jugak lah. sbb tak tau nak order ape. maklumlah menu pun dari arab. nasib baik ada member yg rekemenkan. nasi dia mmg terbaik dari ladang. panjang2 beras dia. memula tgk tu kagum gak. orang ckp diorang guna beras basmati (betul ke aku eja nih).  huhhuhu.

cara hidangan dia plak boleh order quarter meal atau half meal. ada ayam and kambing. cara masakan plak ade macam2. ade lima jenis kot. tapi tak igt semua la. antara yg ada ialah roasted (faveret StarveBuster), grilled, khabsah dan ada lagi la. tak igt la. kepada yg perut kecik and tak makan byk, (especially kaum wanita) kalau order yg quater tu pun bleh kongsi 2 orang. pastikan korang betul2 lapar kalau nak pegi mkn kat sini. dijamin sedap. sbb tu StarveBuster berani bagi 5 bintang. hehehe.

ada makanan lain jugak sbb kebab, sandwich, lauk pauk dan pelbagai lagi la. cakap pasal kebab, jgn tersalah anggap dgn kebab kat malaysia nih. sbb kat restoran nih nama je kebab tapi cara hidangan dia lain. bukan macam kebab yg selalu kita beli kat pasar malam tu. klu korang nak kebab mcm tu, korang kene mintak 'schawama' (lebih kurang mcm nih la eja dia). tgk dlm menu tu mesti ada. dari segi minuman plak biasa jer. cuma dulu ada jual bir halal tu. skrg tak tau la ade lagi ke tak.

tmpt nih kat cyberjaya. opposite Perhentian Bas Cyberjaya and Street Mall Cyberjaya. kalau korang google mesti jumpa nye lah. klu tak jumpa, bleh mintak direction ngan StarveBuster. heheheh apa2 pun, StarveBuster mmg sgt recommend la pegi kat sini. gerenti puas hati dengan rasa dan harganya.

oops. lupa nak bagitahu sumting important. restoran nih bukak dari jam 12.00 tghari smpi lewat malam dan tutup pada hari jumaat. so, rancanglah perjalanan anda. hehehe

p/s: penah makan nasi kambing kat Hotel Pullman Putrajaya. beras dia lagi panjang daa. huhuhu

Sunday, April 25, 2010

Restoran Nasi Ulam

Nama:
Restoran Nasi Ulam

Lokasi:
Seksyen 9, Bangi

Cawangan/Lokasi Lain:
-

Signature Dish/Drink:
Masakan kampung/Kelantan

Recommendation:
*****

hajat di hati nak makan nasi kerabu tapi apa kan daya tidak kesampaian. Misi SB pemburuan nasi kerabu gagal. huhuhu. walau bagaimanapun, alang2 dah sampai kat Restoran Nasi Ulam di Seksyen 9 Bangi ini, StarveBuster menikmati nasi campur yang disediakan. waktu tu dah pukul 2 lebih. so, lauk pun dah byk yg abis. tapi StarveBuster tak kecewa. nasi berlauk sayur kangkung belacan, ikan goreng cili dan telur masin membuka selera. tidak mengecewakan. sgt sedap dan kene dgn selera kampung StarveBuster.

restoran ini bukan sahaja dikunjungi oleh org melayu malah org cina jugak. ramai jugak pengunjung masa StarveBuster sampai kat situ. jadi, kalau ramai org tu mesti la sedap, kan? hehehe.

StarveBuster ada jugak bertanya dengan pelayan kat situ pasal nasi kerabu and laksam. dia ckp makanan2 tu ada waktu pagi jer. sampai kul 11 je. so, kalau nk makan masakan tradisi kelantan, sila la datang waktu breakfast yer. hehehe.

apa2 pun restoran nih mmg menarik. harga pun boleh tahan la. mahal sket la tp sesuai la dgn kenampakan kedai yg agak eksklusif. hehehe. (sirap=rm1.50, nasi+sayur kangkung belacan+telur masin+ikan goreng cili=RM5.50). so, korang nilai la sendiri k? hehehe.

nasi ulam nih dekat ngan Restoran Ayam Bakar Wong Solo yang pernah StarveBuster blog kan sblm nih. dekat jugak dengan Old Town White Coffee Bangi. so, agak senang la nak cari kot. sori la tak smpt snap pic. lupa laa. hehehe.

p/s: rasanya ade satu cawangan kat putrajaya. nnt StarveBuster confirmkan, =)

Thursday, April 22, 2010

Misi SB: Pemburuan Nasi Kerabu

salam.

StarveBuster ada satu misi skrg. mahu mencari Nasi Kerabu yang terenak di sekitar lembah kelang. kalau boleh yang dekat2 area Purtajaya, Cyberjaya, Kajang, Bangi, Serdang atau kawasan yang sewaktu dengannya. kalau ada cadangan tempat lain boleh gak. mana la tau nnt StarveBuster nak gi outstation ke mana2 kan? jadi, minta bantuan rakan2 untuk menjayakan misi ini. kalau ada, nnt StarveBuster akan buat review tentang kedai tu dan akan kongsikan bersama rakan2 yang lain.

TQ.

Wednesday, April 21, 2010

Unan Roti John

Nama:
Unan Roti John

Lokasi:
Taman Warisan Pertanian, Presint 16, Putrajaya

Cawangan/Lokasi Lain:
Food Court Seri Teja, Presint 9, Putrajaya

Signature Dish/Drink:
Roti John

Recommendation:
*****

tghari ini habuan StarveBuster cuma roti john. sbb tgh diet sbnrnye. hehehhe. actually sblm nih StarveBuster tak penah pun rasa roti john Unan nih. cuma dgr kesedapannya dari orang lain jer. hari nih baru tergerak hati nak merasa. dan sekali rasa pasti nak lagi. tapi lain kali la. klu StarveBuster beli lagi td, rosak la diet StarveBuster. heheheh.

StarveBuster rasa roti john Unan nih antara yg paling sedap StarveBuster penah rasa. serius tak tipu. sbb tekak StarveBuster, StarveBuster tau la ape yg StarveBuster rasa, kan? lagi pun, kalau tak sedap, takkan la orang sanggup beratur panjang semata mata nak beli roti john Unan nih. bulan puasa lagi kronik. diorang ade bukak stall kat Bazar Ramadan Putrajaya kat Presint 2. daripada pukul 4 tu dah ade orang start beratur dah nak beli roti john nih. kalau lambat nnt takut melepas. bayang kan lah pukul 4 petang di bulan puasa dah beratur nak beli makan. tak ke gile tu? gile gak la. gile Roti John Unan. hehehe. 

buat masa nih, yg StarveBuster tau cuma ada dua tempat je gerai Unan Roti John nih. yg asal di Taman Warisan Pertanian, presint 16, Putrajaya dan cawangan baru dibuka di Food Court Seri Teja Presint 9, Putrajaya (ade gak org panggil food court tu sbg 'bumbung putih' and gazeebo.) kalau bulan puasa, diorang akan bukak dekat bazar ramadan Putrajaya kat Presint 2 jugak. kalau ade kat tempat lain, StarveBuster tak tau la kan. heheheh.

selamat mencuba. =)

p/s: untuk gambar, sila google. lupa nak amik gmbr tadi. asyik sgt mkn. huhuhu

Wednesday, April 14, 2010

Serdang Char Kuey Teow


Nama:
Serdang Char Kuey Teow

Lokasi:
Taman Seri Serdang

Cawangan/Lokasi Lain:
-

Signature Dish/Drink:
Char Kuey Teow

Recommendation:
*****

dah nama pun Serdang Char Kuey Teow (CKT), mesti la jual CKT kat serdang kan? hehehe. kepada yang tinggal area2 serdang and malas nak pegi sampai ke setapak utk makan CKT kat Mali's, CKT ni boleh tahan laa. sedap jugak laa.

lokasi kat taman seri serdang. actually, dia jual kat tepi jalan jer. customer dia adalah pengunjung kedai mamak yang berhampiran. dia jual betul2 kat depan kedai mamak tu. mesti la dah ade agreement kot ngan kedai mamak tu, kan? hehehe. kalau korang pegi taman seri serdang, ada satu Maybank kat situ. kedai mamak nih dekat row maybank tu jugak tapi at the opposite end. ermmm. paham2 la kot. kalau tak paham, tanya la. heheheh.

ni la 'kiosk' Serdang CKT (sori lupa nak snap gmbr kedai mamak tu)
ape lagi aku nak describe ek? oh yer. CKT dia ada yg biasa and ade yg special. klu yg special tu udang lebih la kan. yang biasa RM 3.50 sepinggan dan yang special RM 4.00 sepinggan. puas hati la aku makan. sedap dan menyelerakan.

nmpk sedap kan? hehehe

p/s: masih lagi mencari lokasi2 CKT yang tak kurang sedapnya di kawasan lembah kelang selatan. hehehe.

Saturday, April 10, 2010

Ayam Bakar Wong Solo

Nama:
Ayam Bakar Wong Solo

Lokasi:
No. G18 & G19
Jalan Dagang B/3A
Taman Dagang
Ampang

03  4270 1947

Cawangan/ Lokasi Lain:
Seksyen 8, Bandar Baru Bangi

Signature Dish/Drink:
Ayam Bakar, Ayam Penyet

Recommendation:
*****


Dari nama nya pun mungkin para pembaca dah dapat teka apa yang istimewa di sini. Ayam bakar. Namun, menu ayam penyet juga sgt sedap. Franchise restoran yang berasal dari yogyakarta, Indonesia ini adalah sgt popular di tanah seberang. Pemiliknya juga dikatakan sangat terkenal kerana kejayaan franchise makanan ini. restoran ini terletak di Taman Dagang, Ampang dan berdekatan dengan Galaxy Mall. tak sukar untuk mencarinya sbb restoran ini mengambil dua lot kedai dan papan tandanya juga sgt besar. hehehe.

StarveBuster cuma pernah sekali berkunjung ke sini dan makanannya mmg sgt menyelerakan. Pelanggan boleh memilih untuk memesan set yang telah ditetapkan atau memesan secara ala carte dari deretan menu yang sgt2 menyelerakan. Selain ayam bakar, ayam penyet ialah satu lagi menu utama yg sgt2 enak dimakan bersama nasi putih, tempe dan tauhu goreng (juga dipenyetkan). menu sampingan lain juga tidak kurang hebatnya seperti sayur asam, pecel lele, empal sapi dan pelbagai lagi masakan dari seberang yang menarik untuk dicuba.

Minumannya juga begitu variety. Namun yang menangkap perhatian StarveBuster ialah Jus Poligami dan Soda Gembira. Kedua-duanya minuman berasaskan soda. Jus poligami adalah campuran soda dan susu manakala Soda Gembira adalah campuran soda, sirap dan susu.

Selain di Taman Dagang dan Bandar Baru Bangi, Wong Solo ada satu lagi cawangan. Tapi StarveBuster tak igt kat mana. Mungkin kat kampong Baru. Kalau ada sapa2 boleh verify, StarveBuster would really appreciate it. terima kasih.

Jika inginkan kelainan, Wong Solo lah tempatnya.

update: StarveBuster sudah 2 kali berkunjung ke Restoran Wong Solo di Bandar Baru Bangi. juga mengambil 2 lot kedai. sgt besar. boleh duduk di meja biasa ataupun bersila di partition2 yang disediakan. besttt.... hehehehe.

Set Ayam Penyet (served with mineral water)

Sirap Limau Ais

 p/s:  dikatakan pemilik franchise ini mempunyai bbrp isteri. sbb tu ada menu Jus Poligami. jgn risau. Halalan Thayyiban. insya Allah.

Unique visits (Last 7 days)