Pages

Disclaimer

Segala post bagi Siri Bufet Ramadhan yang didapati dalam blog ini adalah diperolehi oleh penulis melalui carian di Internet. Penulis tidak mendapat sebarang faedah ataupun imbuhan dari siri tersebut. Usaha penulis adalah semata-mata untuk memudahkan pembaca mencari bufet ramadhan yang murah dengan mudah. Penulis juga tidak pernah mencuba sebarang bufet ramadhan dalam siri tersebut melainkan dinyatakan oleh penulis. Sekian, terima kasih.

StarveBuster tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan selera atau kerosakan deria rasa yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. :-)

p/s: Sumber pendapatan blog ini dijana melalui iklan Nuffnang. Segala ketikan (click) pada iklan tersebut adalah amat dihargai. =)

Featured Post

Creamoji: Milkshake Pudding @ Dadih Hirup

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, hari ini StarveBuster nak promote bisnes member. sekarang nih  dah jadi trend kot buat da...

Monday, February 22, 2010

Restoran D'Limau Nipis

Nama:
Restoran D'Limau Nipis

Lokasi:
Seksyen 8, Bandar Baru Bangi

Cawangan/ Lokasi Lain:
-

Signature Dish/Drink:
Air D'Limau Nipis Special

Recommendation:
*****


Untuk penduduk sekitar Bangi, Kajang dan Putrajaya, restoran ini mungkin tidak asing lagi bagi mereka. restoran 2 lot tapi dipisahkan oleh Kedai Serbaneka 7 Eleven ini mmg agak popular di Bangi. terletak berhadapan dengan Kompleks PKNS Bangi dan kawasan tumpuan ramai. beberapa kali berkunjung di situ, tiada menu makanan yang betul2 boleh buat StarveBuster termimpi2. hehehe. ape yang special kat sini adalah minuman D'Limau Nipis Special nye. limau nipis ice-blended dicampur dgn satu scoop ais krim vanilla dan jelly2 buatan sendiri. rasanya mmg sekali datang pasti nak lagi. hehehe.
makanan kat sini pulak mmg variety. dari utara ke selatan, dari timur ke barat, semuanya ada. dari sarapan hingga lah ke supper ada menu tersendiri. makanan ringan spt tauhu bakar dan otak2 serta kuih muih pun ada untuk dinikmati.

kalau berkunjung, jgn lupa pesan air D'Limau Nipis Special nih. kalau tak rasa tak sah pegi situ. kene pegi sekali lagi. hehehe.

p/s: StarveBuster bagi 3 bintang sbb StarveBuster recommend air je. jarang makan kat situ. jgn marah ar tauke.hehehe.

Mali's Corner Char Koay Teow

Nama:
Mali's Corner Char Koay Teow

Lokasi:
Danau Kota, Setapak, KL

Cawangan/ Lokasi Lain:
Taman Bunga Raya, KL

Signature Dish/Drink:
Char Koay Teow

Recommendation:
*****


Kepada mereka yang tinggal di area berdekatan Setapak, KL pasti tahu tmpt ini. bukan sahaja di setapak tapi sudah popular ke seantero wilayah persekutuan KL dan kawasan2 yang sewaktu dengannya. Lokasi asalnya adalah di Taman Bunga Raya, KL. exact location kene google or wikimapia la. hehehe. kemudian dia bukak satu cawangan dkt Danau Kota. restoren 2 tingkat nih mmg dekat sangat dengan Uptown Danau Kota. kalau yang dekat Taman Bunga Raya tu lebih kepada street hawker's style, konsep cawangan di Danau Kota lebih kepada ala restoran layan diri.

dari segi harganya amatlah berpatutan dan berbaloi2. mmg tak rugi makan kat situ. menu yang paling popular of course lah char koay teow (CKT) nye. ada yg biasa, ada yg besar dan ade yang special. selain CKT, antara menu lain yg sinonim dgn Mali's Corner adalah Nasi Lemak Ayam Kampung. walau bagaimanapun, StarveBuster belum sempat lagi merasa nasik lemak tu. mungkin lain kali. 

kalau nak rasa CKT terbaik dari ladang....ooopsss...i mean CKT terbaik di lembah klang, jangan lupa pergi ke Mali's Corner. pasti tak menyesal. hehehe.

p/s: kalau nak gmbr, sila google. tak sempat nak snap pic sendiri. TQ.

haluuu

haluuu...

terima kasih dan selamat datang. tujuan blog ini adalah utk mengisi masa lapang aku. hehehe. insya Allah aku akan blogkan tmpt2 makan yg aku rasa menarik dan berbaloi untuk dikunjungi. suka diingatkan bahawa aku buat nih sekadar suka2. tidak mendapat bayaran atau ape2 benefit daripada tulisan aku nih. saja nak kongsi dgn semua org. lgpun, org malaysia kan suka makan. heheheh.

"StarveBuster.blogspot.com". penghapus lapar. mcm penghapus hantu plak. GhostBuster?? hahahaha. memule nak letak nama lain tapi dah ade org amik plak nama2 tu. so aku guna la nama StarveBuster nih. ok??

sebarang komen, cadangan, maklum balas, pendapat, kritikan membina dan yang sewaktu dengannya adalah amat dialu-alukan. amatlah besar saya punya hati kalau korang nak letak link StarveBuster kat blog korang. kalau nak letak link blog korang kat sini, drop a comment, ok??

wassalam.

Unique visits (Last 7 days)