Pages

Disclaimer

Segala post bagi Siri Bufet Ramadhan yang didapati dalam blog ini adalah diperolehi oleh penulis melalui carian di Internet. Penulis tidak mendapat sebarang faedah ataupun imbuhan dari siri tersebut. Usaha penulis adalah semata-mata untuk memudahkan pembaca mencari bufet ramadhan yang murah dengan mudah. Penulis juga tidak pernah mencuba sebarang bufet ramadhan dalam siri tersebut melainkan dinyatakan oleh penulis. Sekian, terima kasih.

StarveBuster tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan selera atau kerosakan deria rasa yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. :-)

p/s: Sumber pendapatan blog ini dijana melalui iklan Nuffnang. Segala ketikan (click) pada iklan tersebut adalah amat dihargai. =)

Featured Post

Creamoji: Milkshake Pudding @ Dadih Hirup

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, hari ini StarveBuster nak promote bisnes member. sekarang nih  dah jadi trend kot buat da...

Tuesday, August 17, 2010

SBR #6: Palm Hill Cafe, Shangri La Putrajaya


Salam Ramadhan,

kali ini StarveBuster nak promote buffet ramadhan di Palm Hill Cafe @ Putrajaya Shangri La. StarveBuster dah rasa pun last saturday. ehehehe. StarveBuster mintak maaf sbb tak dpt cari poster promotion dia so StarveBuster letak gmbr permandangan restoran dia je la. hehehe.

pelbagai juadah seperti kambing panggang (menu wajib mana2 buffet), udang dan kepah, rendang daging, murtabak, yong tau fu, mee dan kuey teow goreng, dan pelbagai lauk pauk serta kuih muih disediakan. hari yang StarveBuster pergi hari tu, serawa durian pun ada. tak dilupakan juga buah buahan tempatan dan air batu campur a.k.a ABC. hehehe.

juga terdapat iringan muzik dan nyanyian live sepanjang waktu berbuka sehingga jam 10 malam. kalau larat nak tunggu and makan sampai kul 10 tu, sila la tunggu. hehehe. juga akan dapat 1 bungkus (tupperware) bubur lambuk sebagai complimentary gift ketika pulang. boleh buat sahur. hehehe. tp tak pasti la klu tiap2 malam ade complimentary gift atau malam tu jer. nasib la kan. hehehe

harganya ialah RM 80++ utk dewasa. lebih kurang dalam RM 90 jugak la termasuk cukai. dan separuh harga utk kanak2. (2 orang kanak2 bawah 6 tahun boleh makan percuma jika diiringi ibu bapa) StarveBuster dah cuba dan berpuas hati. selamat mencuba kepada anda semua. =)

No comments:

Post a Comment

What do you think??

Unique visits (Last 7 days)