Pages

Disclaimer

Segala post bagi Siri Bufet Ramadhan yang didapati dalam blog ini adalah diperolehi oleh penulis melalui carian di Internet. Penulis tidak mendapat sebarang faedah ataupun imbuhan dari siri tersebut. Usaha penulis adalah semata-mata untuk memudahkan pembaca mencari bufet ramadhan yang murah dengan mudah. Penulis juga tidak pernah mencuba sebarang bufet ramadhan dalam siri tersebut melainkan dinyatakan oleh penulis. Sekian, terima kasih.

StarveBuster tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan selera atau kerosakan deria rasa yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. :-)

p/s: Sumber pendapatan blog ini dijana melalui iklan Nuffnang. Segala ketikan (click) pada iklan tersebut adalah amat dihargai. =)

Featured Post

Creamoji: Milkshake Pudding @ Dadih Hirup

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, hari ini StarveBuster nak promote bisnes member. sekarang nih  dah jadi trend kot buat da...

Thursday, July 11, 2013

Siri Bufet Ramadhan #5: Kelab Tasik Putrajaya

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

cadangan destinasi berbuka puasa seterusnya sekali lagi membawa kita ke Putrajaya. kali ini kita ke Kelab Tasik Putrajaya. nama pun Kelab Tasik, maka lokasinya mestilah di pinggiran tasik. berhadapan pulak dengan salah satu mercu tanda Putrajaya, iaitu Bangunan Perdana Putra yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri Malaysia.


harga: RM60+ (dewasa) / RM38+ (kanak2 5-12 tahun)
seperti biasa kene call untuk buat reservation. kalau walk-in tu kira nasib la yer. hehehehe
no telefon: 03 88895008
kalau nak maklumat lanjut, boleh layari laman facebooknye. click sini.

p/s: selamat berkelab di tepian tasik...

Wednesday, July 10, 2013

Siri Bufet Ramadhan #4: Cruise Tasik Putrajaya

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

awal2 puasa nih biasanye mmg ramai yang rajin nak berbuka puasa di luar. so, ramai la yang akan mencari tempat2 yang sesuai nak berbuka. dan kebiasaannya ramai yang memilih untuk berbuka secara bufet. bufet ramadhan pilihan admin seterusnya ialah Cruise Tasik Putrajaya. Cruise Tasik ni dulunya dikendalikan oleh sebuah syarikat swasta tapi sekarang nih telah diserahkan dan dikendalikan sepenuhnya oleh Perbadanan Putrajaya. 


harga: RM 88nett (dewasa) / RM58nett (kanak2)
kalau ada yang berminat atau nak merasa berbuka puasa di atas bot, boleh lah buat tempahan. kene buat tempahan awal ye.
no telefon: 03 88885539
no fax: 03 88883769
email: sales@cruisetasikputrajaya.com

kalau nak maklumat lanjut tentang Cruise Tasik nih, boleh layari facebook Cruise Tasik Putrajaya. click sini.

p/s: selamat ber'cruise'...

Siri Bufet Ramadan #3: Pusat Maritim Putrajaya

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Ramadan,

meneruskan Siri Bufet Ramadan kita pada hari ini ialah di Pusat Maritim Putrajaya. dengan pemandangan tasik yang permai pasti menggamit rasa dan memberi kelainan ketika berbuka. hehehe.


harga: RM65nett (dewasa) / RM45nett (kanak2)
untuk tempahan, sila hubungi nombor seperti yang tertera di poster. tak nampak?
no telefon: 03 88880317
no fax: 03 88893526
email: maritimecentre@gmail.com

mcm mana nak gi sana? tgk peta kat sini. atau layari facebook Maritime Centre Putrajaya. click sini.

p/s: enjoy yourself tp jgn lupa pegi terawih ;)

Siri Bufet Ramadhan #2: Red Wok Restaurant, Bangi

assalamualaikum warahamtullahi wabarakatuh..

steamboat anyone? hehehe. kalau rasa nak buka puasa makan steamboat, boleh try ke Red Wok Restaurant di Bandar Baru Bangi.


harga normal steamboat: RM33++ (dewasa) / RM22++ (kanak2)
harga sizzling steamboat: RM38++ (dewasa) / RM26++ (kanak2)
*kanak2 dgn ketinggian di bawah 99cm boleh makan free!!!
no telefon: 03 89274100 / 016 9123561

untuk maklumat lanjut tentang restoran ni, boleh ke website dia. click sini.
atau boleh layan facebook mereka. click sini pulak. 
don't worry, kemudahan surau disediakan.

p/s: selamat bersteamboat...

Siri Bufet Ramadhan #1: Umai Cafe, Putrajaya

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

seperti kebiasaannya, aku akan cuba menyenaraikan restoran/cafe yang menyediakan buffet ramadhan untuk korang buat pilihan sepanjang ramadhan ini. kali ini kita mulakan dengan area Putrajaya.


harga: RM39nett (dewasa) / RM19nett (kanak2)
untuk pertanyaan/tempahan, sila call Amir (0136067710) atau Datin Jamaliah (0122042028)
untuk maklumat lanjut, boleh la pegi tgk kat Facebook Page dia. click sini.

Salam Ramadan 1434H

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam 1 Ramadhan 1434H.

syukur alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk mengharungi bulan ramadhan yang mulia pada tahun ini. semoga ibadah puasa dan ibadah2 yang lain yang kita lakukan pada bulan ini akan mendapat ganjaran setimpal dari Yang Maha Pencipta.

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa.

p/s: jangan membazir di bulan Ramadhan.

Friday, August 3, 2012

Siri Buffet Ramadhan #6: Semanis Aroma @ UPM

assalamualaikum.

hari genap 2 minggu kita menjalani ibadah puasa. bagi mereka yang selalu mencari kelainan berbuka di luar, Siri Buffet Ramadhan diteruskan dengan:


untuk tempahan dan maklumat lanjut, hubungi nombor telefon yang tertera di poster. bagi mereka yang selalu berada di atas talian, rujuk laman sosial atau hantar emel kepada mereka.
 200 jenis makanan?? woww...tak teringin ke? StarveBuster pun teringin nak ke sana nih..kene cari masa next week bawak family dan kawan2. dekat dah tu. hehehe.

Semanis Aroma Buffet telah berpindah ke Dewan Banquet UPM, Serdang pada tahun ni. Dewan luas, ada aircond dan tempat solat yang selesa. Jom berbuka puasa disini!

p/s: selamat mencuba. jgn lupa tinggalkan komen anda juga.

Thursday, July 26, 2012

Siri Buffet Ramadhan #5: Mangiamo Cafe @ Taman Ekuestrian Putrajaya

assalamualaikum,

setelah hampir seminggu berpuasa, Siri Buffet Ramadhan diteruskan dengan:


Telefon: 03-8888 6080 (Ext. 120 - Cafe)

p/s: selamat mencuba :)

Wednesday, July 25, 2012

Jom Berbuka Ala kadar #2: Restoran Selera Ayam Kampung

assalamualaikum,

kali ini kita ke selatan tanah air, Johor Bharu, Johor. mari kita lihat siapa yang kena:

Restoran Selera Ayam Kampung
No.20, Jalan Impian Emas 7, 
Taman Impian Emas, Skudai, 
81300 Johor Bahru, 
Johor.
016-7023447
019-7913447


JOM BERBUKA PUASA DENGAN KAMI!! SELESA, SEDAP DAN MESRA... - Facebook Restoran Selera Ayam Kampung

p/s: selamat mencuba :)

Tuesday, July 24, 2012

Jom Berbuka Ala Kadar #1: Red Wok Restaurant

assalamualaikum..

mungkin tak semua orang yang suka buffet. mungkin ada yang lebih prefer untuk makan macam biasa sahaja. ala carte, ala kadar. sebagai pilihan, StarveBuster akan cuba dapatkan pilihan restoran yang tidak menyediakan buffet tetapi tetap menyediakan juadah berbuka secara ala carte. kita mulakan dengan:

RED WOK RESTAURANT
Lot PT 70550, Jalan Kajang Impian 1/2,
Taman Kajang Impian
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor
Tel: +603-8927-4100
Fax: +603-8927-4500
Email: redwok2u@gmail.com

Untuk sebarang tempahan berbuka puasa, sila hubungi talian Red Wok di 03-8927 4100 (4pm-11pm). Tempahan melalui email ditutup sementara bagi mengelak double booking. Harap maklum. -Facebook Red Wok
 StarveBuster pernah buat review pasal restoran ni. refer sini.

p/s: selamat mencuba :)

Saturday, July 21, 2012

Siri Buffet Ramadhan #4: Restoran Ikan Bakar Bubu

assalamualaikum,

selamat meneruskan ibadah puasa. tak tau nak buka puasa di mana? cuba ni:


untuk maklumat lanjut, layari facebook Restoran Ikan Bakar Bubu

p/s: selamat mencuba. dah cuba bagitau lah saya. :)

Friday, July 20, 2012

Siri Buffet Ramadhan #3: Restoran Al Edrus

assalamualaikum,

Siri ketiga diteruskan dengan:


Untuk maklumat lanjut, sila layari laman facebook Restoran Al Edrus (Wangsa Maju)

Thursday, July 19, 2012

Siri Buffet Ramadhan #2: Restoran Ubi Kayu

assalamualaikum,

Buffet ramadhan seterusnya:


untuk keterangan lanjut, boleh layari laman facebook dan blog mereka:


Siri Buffet Ramadhan 2012 #1: Restoran Haslam

assalamualaikum,

dalam sehari dua lagi kita akan menyambut kedatangan Ramadhan. Sepertimana dijanjikan, StarveBuster akan meneruskan tradisi Siri/Koleksi Buffet Ramadhan kali ini. Saya akan cuba dapatkan seberapa banyak tawaran buffet ramadhan untuk dijadikan pilihan oleh pembaca sekalian. Bagi siri yang pertama ini, kita mulakan dengan:

Untuk keterangan lanjut juga boleh layari laman facebook dan blog mereka:

Facebook: Restoran Haslam 



p/s: selamat menanti ketibaan Ramadhan.

Monday, July 2, 2012

Ramadhan semakin mendekati

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

dalam kesibukan menjalani kesibukan harian, sekarang nih kita dah berada dalam bulan Syaaban. bermakna tak sampai sebulan lagi kita akan bertemu Ramadhan sekali lagi. masya Allah. syukur Alhamdulillah sekiranya dipanjangkan umur untuk bertemu bulan mulia itu sekali lagi. bagaimana persiapan kita? puasa yang tertinggal tahun lepas dah diganti ke? dah cukup ke latihan dan persediaan kita nak berpuasa sebulan nih? peringatan untuk diri StarveBuster sendiri jugak. renung-renungkan dan selamat membuat persiapan ramadhan.

p/s: Jika diizinkan Allah, Siri Buffet Ramadhan StarveBuster akan diteruskan tahun ini, Insya Allah.

Wednesday, January 4, 2012

Selamat Tahun Baru 2012

assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

rasanya masih belum terlewat untuk StarveBuster mengucapkan selamat tahun baru 2012 kepada semua pembaca blog Jom Makan. setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang mengunjungi blog ini. StarveBuster akan cuba mengemaskini blog ini supaya terus relevan untuk pembaca. seperti biasa, StarveBuster mengalu-alukan sebarang komen, cadangan atau persoalan tentang blog ini atau apa sahaja yang berkaitan dengan makan. hehehe.

p/s: azam tahun baru nak kurangkan makan. huhuhu.

Thursday, August 25, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam 1 Malaysia,

Di kesempatan ini, StarveBuster ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog StarveBuster. makan2 di hari raya tu berpada-pada la. jgn smpi tak larat nak berjalan pulak yer. bila makan kuih raya yg sedap2 tu ingat2 la StarveBuster  kat sini. hehehe.

nah duit raya untuk korang. cukup tak? hehehe. jangan marah
cilok from www.nirelwof.co.cc

Dengan ingatan tulus ikhlas,
StarveBuster

Monday, August 15, 2011

Koleksi Buffet Ramadhan 2011#3

Salam 15 Ramadhan,

Siri ketiga Koleksi Buffet Ramadhan 2011 StarveBuster diteruskan dengan 2 lagi buffet.

1. Benjiana Steakhouse Cafe, Taman Setiawangsa

2. Restoren Intai-Intai, Ampang

Selamat Mencuba.

Saturday, August 13, 2011

Koleksi Buffet Ramadhan 2011#2

Salam 13 Ramadhan,

Siri Koleksi Buffet Ramadhan 2011 diteruskan dengan 2 lagi buffet yang menjadi pilihan StarveBuster.

1. Restoren Mattop Bariani, Bandar Baru Bangi

2. Restoren Brisik, Petaling Jaya
Lot M3-1, Palm Square, Jaya One,
72A Jalan Universiti, Seksyen 13,
46200 Petaling Jaya
Enquiry: 03-7958 6681
Selamat mencuba!

Thursday, August 11, 2011

Koleksi Buffet Ramadhan 2011

Salam 1Malaysia,

Memandangkan hits ke blog aku naik mendadak sejak bulan puasa nih, aku akan rasa bersalah kalau takde maklumat terbaru tentang buffet ramadan nih. tahun lepas aku smpt survey byk tempat, tapi tahun nih tak sempat lagi. so, tempat yg aku senaraikan kat bawah nih adalah berdasarkan survey di internet sahaja. harap maklum.

1. Mangiamo Cafe, Taman Equestrian Putrajaya


2. Flamming Steamboat, Sunway 

itu sahaja untuk koleksi pertama nih. sebarang komen boleh diberikan di ruangan yang disediakan.
Selamat Berbuka Puasa.

Unique visits (Last 7 days)