Pages

Disclaimer

Segala post bagi Siri Bufet Ramadhan yang didapati dalam blog ini adalah diperolehi oleh penulis melalui carian di Internet. Penulis tidak mendapat sebarang faedah ataupun imbuhan dari siri tersebut. Usaha penulis adalah semata-mata untuk memudahkan pembaca mencari bufet ramadhan yang murah dengan mudah. Penulis juga tidak pernah mencuba sebarang bufet ramadhan dalam siri tersebut melainkan dinyatakan oleh penulis. Sekian, terima kasih.

StarveBuster tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan selera atau kerosakan deria rasa yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. :-)

p/s: Sumber pendapatan blog ini dijana melalui iklan Nuffnang. Segala ketikan (click) pada iklan tersebut adalah amat dihargai. =)

Featured Post

Creamoji: Milkshake Pudding @ Dadih Hirup

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, hari ini StarveBuster nak promote bisnes member. sekarang nih  dah jadi trend kot buat da...

Tuesday, August 24, 2010

SBR #8: Cyberview Lodge Resort & Spa, Cyberjaya



salam ramadhan.

kali nih kite ke jiran putrajaya plak, iaitu Cyberjaya. hehehe. semoga berjaya lah ye. tempatnye ialah Cyberview Lodge Resort and Spa. harganye Rm 78 ++. utk kanak2 tak tau la plak berape. menunye macam biasa stail gerai2 dan makanan tradisional. kambing panggang tu wajib lah. roti durian pun ade. dim sum pun ade. ABC, cendol, cendol pulut tapai, ais krim. perghhh. meleleh. buah2 tempatan spt rambutan, duku dan langsat pun ade. pendek kata, macam2 ada. hehehe. maklumat lain boleh tgk image kat atas tu. =)

StarveBuster dah try. mcm biasa la ade org belanja. klu nak kuar bajet sendiri jgn harap lah. hehehe. Penang Kuey Teow mmg sedap. bukan StarveBuster sorang ckp sedap. org lain pun berpendapat yg sama. daging bakar, ayam bakar dan sotong bakar pun sedap. ketam ngan udang bakar StarveBuster tak rasa. nmpk sedap. hehehe. StarveBuster tak amik satay. tapi orang yang amik satay semua makan tak abis satay tu. tak tau nape. tak sedap kot. kambing panggang? ermmm. tak bape kene ngan selera StarveBuster kali nih. sbb bau dia kot. yg lain2 StarveBuster cuma makan kuih muih dan buah2an. penutup baru makan aiskrim. tak byk makan kan? hehehe. bersederhana jer. huhuhu. kalau daripada 5 bintang, StarveBuster boleh bagi 3.5 bintang. not bad. surau disediakan. jgn risau. =)

p/s: selamat mencuba.

Thursday, August 19, 2010

Ala Carte Ramadan: Ceritera Lake Garden Cafe, Putrajaya

Salam Ramadan,

kali ini StarveBuster nak kongsi info tentang satu restoran yang baru dibuka di Putrajaya. Ceritera Lake Garden Cafe terletak di Pesisir Tasik Putrajaya di tengah2 Presint 2, Putrajaya baru dibuka pada bulan Julai yang lalu. mungkin kerana baru dibuka, cafe ini belum menyediakan buffet ramadan. walau bagaimanapun,  mereka tampil dengan menu istimewa untuk berbuka puasa sepanjang ramadan ini. senarai menu dan harganya adalah seperti poster di bawah:

klik gmbr utk tumbesaran sempurna

Hotline tempahan: 
03-8888 6722
Waktu Operasi:
Isnin - Jumaat
9.00 am hingga 11.00 pm
Sabtu - Ahad
9.00 am hingga 12.00 am

p/s: jom cuba. =)

info tambahan: Ceritera menerima tempahan buffet ramadan utk 20 pax ke atas.

SBR #7: Hotel UiTM, Shah Alam

 

Salam Ramadhan,

ini mungkin buffet hotel yang paling murah boleh didapati di Lembah Kelang. cuma RM39 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak2. kalau masih belajar di IPT, boleh dapat diskaun 25% lagi. menarik tu. bajet pun bajet. hehehe.  Hotel UiTM ini jugak menyediakan Buffet Sahur dengan kadar rata RM 15 untuk dewasa dan kanak2. boleh rujuk poster kat atas utk maklumat lanjut.

p/s: selamat mencuba.

Wednesday, August 18, 2010

Top 10: Bazar Ramadan @ Lembah Kelang

Salam ramadan,

setiap kali ramadan tiba, bazar ramadan atau pasar ramadan pasti tumbuh bak cendawan hidup selepas hujan. ada jugak yg memanggilnya sbg BARAM atau PARAM iaitu singkatan utk BAzar RAMadan atau PAsar RAMadan. hehehe.

imej dari pakcik google

kat lembah kelang nih saja rasanye ada beratus ratus dan mungkin beribu2 bazar ramadan yg beroperasi. semuanye mengambil kesempatan atas sikap rakyat malaysia yang mmg suka makan. so, jual la ape pun, insya Allah ade org beli. hehehe. so kat sini aku nak kongsi baram2 dan param2 yg mantop dan meletop kat area lembah kelang seperti yang tersenarai di laman web 701panduan.

  1. Taman Melawati, Kuala Lumpur
  2. Kampung Baru, Kuala Lumpur
  3. Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur
  4. Jalan Telawi, Bangsar
  5. Stadium Shah Alam, Seksyen 13, Shah Alam
  6. Taman Tun Dr Ismail (TTDI)
  7. Seksyen 16, Bangi
  8. Pantai Dalam, dekat Stesen LRT Universiti
  9. Kelana Jaya, Petaling Jaya
  10. SS18, Subang Jaya
untuk maklumat lebih lanjut, sila klik sini.

p/s: jom terjah bazar ramadan.

Tuesday, August 17, 2010

SBR #6: Palm Hill Cafe, Shangri La Putrajaya


Salam Ramadhan,

kali ini StarveBuster nak promote buffet ramadhan di Palm Hill Cafe @ Putrajaya Shangri La. StarveBuster dah rasa pun last saturday. ehehehe. StarveBuster mintak maaf sbb tak dpt cari poster promotion dia so StarveBuster letak gmbr permandangan restoran dia je la. hehehe.

pelbagai juadah seperti kambing panggang (menu wajib mana2 buffet), udang dan kepah, rendang daging, murtabak, yong tau fu, mee dan kuey teow goreng, dan pelbagai lauk pauk serta kuih muih disediakan. hari yang StarveBuster pergi hari tu, serawa durian pun ada. tak dilupakan juga buah buahan tempatan dan air batu campur a.k.a ABC. hehehe.

juga terdapat iringan muzik dan nyanyian live sepanjang waktu berbuka sehingga jam 10 malam. kalau larat nak tunggu and makan sampai kul 10 tu, sila la tunggu. hehehe. juga akan dapat 1 bungkus (tupperware) bubur lambuk sebagai complimentary gift ketika pulang. boleh buat sahur. hehehe. tp tak pasti la klu tiap2 malam ade complimentary gift atau malam tu jer. nasib la kan. hehehe

harganya ialah RM 80++ utk dewasa. lebih kurang dalam RM 90 jugak la termasuk cukai. dan separuh harga utk kanak2. (2 orang kanak2 bawah 6 tahun boleh makan percuma jika diiringi ibu bapa) StarveBuster dah cuba dan berpuas hati. selamat mencuba kepada anda semua. =)

Saturday, August 14, 2010

SBR #5: Taman Warisan Pertanian, Putrajaya


Salam Ramadhan,

Siri Buffet Ramadhan (SBR) yang kelima membawa anda ke Taman Warisan Pertanian, Putrajaya. terdapat lebih 33 jenis masakan Melayu, Cina dan Barat dgn harga RM33 utk dewasa dan RM20 utk kanak2. kemudahan surau di Taman Warisan nih agak selesa tapi StraveBuster tak pasti samada solat sunat terawih didirikan di situ atau tidak. mungkin boleh telefon nombor tertera untuk maklumat lanjut.

Friday, August 13, 2010

SBR #4: Putrajaya International Convention Center


Salam Ramadhan,

rindukan masakan kampung? Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) memilih tema "Kampung Mak Tok" sebagai tema buffet ramadan kali ini. dengan hanya RM50 utk dewasa, Siri Buffet Ramadhan (SBR) memilih utk mewarwarkan pakej ini. tempat eksklusif, harga berpatutan. lebih 200 hidangan. mmg berbaloi baloi. hehehe.
iringan persembahan muzik tradisional pasti akan lebih menaikkan suasana kampung. juga terdapat pakej istimewa jika ingin membuat tempahan secara berkumpulan. kalau malas nak keluar selepas makan, boleh terus ke surau di situ bagi menunaikan solat terawih. jgn risau, parking percuma. =)

p/s: selamat mencuba.

SBR #3: Taman Wetland, Putrajaya


Salam ramadan.

Siri ketiga Siri Buffet Ramadhan (SBR) kali ini membawa anda ke Taman Wetland Putrajaya. Restoran Teja @ Wetland menawarkan harga serendah RM29.90 sahaja. hidangan yang disediakan adalah hidangan melayu asli. untuk maklumat lanjut, boleh hubungi nombor telefon tertera di atas. StarveBuster pun tak penah lagi pegi situ. so, kalau ade yang pergi, boleh la cite kat StarveBuster ye. hehehe.

p/s: asyik putrajaya jer, bile nak gi tempat lain nih. hehehe.

Thursday, August 12, 2010

SBR #2: Cruise Tasik Putrajaya


Salam Ramadhan,

Siri Buffet Ramadhan (SBR) yang kedua masih lagi di Putrajaya. sebab StarveBuster pun mmg keje and tinggal dekat2 putrajaya. so, StarveBuster dapat byk info dari sekitar putrajaya dulu.

Cruise Tasik nih maybe nmpk mcm exclusive tapi StarveBuster promote kan jugak sebab harganya di bawah RM100. pilihan juga diberikan samada utk berbuka di tepi tasik sahaja (lake side) atau pun di atas kapal yang mengelilingi tasik putrajaya. pemandangan sekitar putrajaya sewaktu matahari terbenam pastinya indah.

p/s: jgn sampai tertinggal maghrib dah la ye. hehehe.

Senarai hotel halal

Salam Ramadhan.

sekarang ni tgh kecoh isu pengusaha2 hotel, resort dan restoran yang salah guna istilah buffet ramadan sedangkan mereka belum mendapatkan sijil pengesahan halal daripada JAKIM. oleh itu, JAKIM dah keluarkan senarai hotel dan resort yang mempunyai sijil halal. di bawah ni StarveBuster senaraikan nama2 hotel/resort di negeri Selangor sahaja. untuk senarai negeri2 lain, boleh klik kat sini.
[Nama Hotel/resort]
[Nama Premis/dapur]
[Tarikh sah sijil]
  1. CRYSTAL CROWN HOTEL
    Nama Premis / Dapur :
    COFFEE HOUSE - BRASS CAFE
    01/03/2009-28/02/2011
  2. CYBERVIEW LODGE SDN BHD (RESORT & SPA)
    Nama Premis / Dapur :
    VERANDAH KITCHEN
    01/05/2010-30/04/2012
  3. CYBERVIEW LODGE SDN BHD (RESORT & SPA)
    Nama Premis / Dapur :
    PASTRY KITCHEN
    01/05/2010-30/04/2012
  4. HOTEL ARMADA PETALING JAYA
    Nama Premis / Dapur :
    UTARA COFFEE HOUSE KITCHEN /DAPUR UTAMA
    01/04/2010-31/03/2012
  5. HOTEL ARMADA PETALING JAYA
    Nama Premis / Dapur :
    MALAY KITCHEN / DAPUR MELAYU
    01/04/2010-31/03/2012
  6. HOTEL HILTON PETALING JAYA
    Nama Premis / Dapur :
    PASTRY
    16/07/2010-15/07/2012
  7. HOTEL HILTON PETALING JAYA
    Nama Premis / Dapur :
    COLD KICHEN
    16/07/2010-15/07/2012
  8. HOTEL HILTON PETALING JAYA
    Nama Premis / Dapur :
    MAIN KITCHEN
    16/07/2010-15/07/2012
  9. HOTEL HILTON PETALING JAYA
    Nama Premis / Dapur :
    BUTCHERY
    16/07/2010-15/07/2012
  10. HOTEL SERI MALAYSIA BAGAN LALANG
    Nama Premis / Dapur :
    CAFE D'BAGAN
    01/02/2010-31/01/2012
  11. KL AIRPORT HOTEL SDN BHD (PAN PACIFIC KLIA)
    Nama Premis / Dapur :
    DEGREES KITCHEN
    16/11/2009-15/11/2011 
  12. KL AIRPORT HOTEL SDN BHD (PAN PACIFIC KLIA)
    Nama Premis / Dapur :
    PASTRY KITCHEN
    16/11/2009-15/11/2011 
  13. KL AIRPORT HOTEL SDN BHD (PAN PACIFIC KLIA)
    Nama Premis / Dapur :
    BANQUET MAIN KITCHEN
    16/11/2009-15/11/2011
  14. GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM
    Nama Premis / Dapur :
    PASTRY KITCHEN
    01/11/2009-31/10/2011
  15. GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM
    Nama Premis / Dapur :
    CHINESE KITCHEN
    01/11/2009-31/10/2011
  16. GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM
    Nama Premis / Dapur :
    SEMARAK KITCHEN
    16/04/2010-15/04/2012
  17. GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM
    Nama Premis / Dapur :
    MAIN KITCHEN
    16/04/2010-15/04/2012
  18. GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM
    Nama Premis / Dapur :
    MALAY KITCHEN
    16/04/2010-15/04/2012 
  19. THE SUMMIT HOTEL, SUBANG USJ
    Nama Premis / Dapur :
    BANQUET KITCHEN
    01/05/2009-30/04/2011 
  20. THE SUMMIT HOTEL, SUBANG USJ
    Nama Premis / Dapur :
    OCEANIA BUFFET RESTAURANT
    01/05/2009-30/04/2011
  21. THE SUMMIT HOTEL, SUBANG USJ
    Nama Premis / Dapur :
    WARONG JUNCTION KITCHEN
    01/05/2009-30/04/2011
tapi yg belum ada sijil halal tu bukannya tak halal. cuma maybe diorang belum mohon ataupun sibuk sgt menguruskan hotel sampai terlupa dan terlepas pandang bab halal nih. klu korang yakin dgn tempat yg belum ada sijil tu, makan je la, tapi tidak digalakkan. jgn kata StarveBuster suruh pulak ye. heheheh.

p/s: we are what we eat.

Wednesday, August 11, 2010

SBR #1: Mangiamo Cafe, Taman Equestrian Putrajaya


Salam Ramadhan,

bagi memulakan Siri Buffet Ramadhan (SBR) blog JOM MAKAN, StarveBuster memilih Mangiamo Cafe di Taman Equestrian Putrajaya. StarveBuster pernah menikmati bufet ramadan di sini pada tahun lepas. harga berpatutan dan pilihan makanan yang tidak kurang banyaknya. ruang untuk solat terawih yang disediakan juga amat selesa untuk jemaah. kalau tak silap StarveBuster, harga buffet tu termasuk moreh selepas terawih. worth it kan?
untuk menu setiap hari, refer sini.

Siri Buffet Ramadan (SBR)

assalamualaikum.

StarveBuster ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada umat islam di seluruh dunia, khususnya untuk pembaca-pembaca blog JOM MAKAN ini. semoga ibadah puasa kita pada tahun ini kan lebih sempurna dari tahun-tahun sudah. insya Allah.
imej from google

sudah menjadi kebiasaan untuk restoran2 dan hotel2 di seluruh negara menganjurkan buffet ramadan sepanjang bulan puasa ini. oleh yang demikian, StarveBuster akan cuba berkongsi dengan pembaca tentang tempat2 yang menyediakan buffet ramadan yang bajet. bajet tu maksudnya harga di bawah RM 80. insya Allah.

kalau para pembaca ingin berkongsi tentang tempat yg menyediakan buffet ramadan yang bajet, boleh berkongsi di sini atau emailkan kepada nirelwof@gmail.com. nnt StarveBuster akan kongsikan diblog ini. insya Allah.
sekian, selamat menunaikan ibadah fardhu dan sunat di bulan puasa.

Friday, August 6, 2010

Jom Makan Buah @ Putrajaya

Salam Selera.

dah lama sangat StarveBuster tak update blog nih. kali nih ade kelainan sket. sbb StarveBuster nak promote kempen makan buah-buahan tempatan. peminat buah-buahan tempatan, especially hantu2 durian mesti suka dengan pakej2 yg ditawarkan di situ. akan berlangsung di Taman Warisan Pertanian, Putrajaya pada hujung minggu nih. boleh refer poster kat bawah utk maklumat lanjut.

poster dari Perbadanan Putrajaya

p/s: StarveBuster xdpt join sbb kene balik kampung. huhuhu.

Unique visits (Last 7 days)