assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
setelah hampir setahun membisu, hari ini aku nak cerita pasal kopi. aku kategorikan diri aku sebagai "social coffee drinker". aku reka je kot term nih. tak tau la ade coffeeright ke tak. hehehe. maknanya nak kata, aku lebih prefer milo or nescafe berbanding kopi.
kopi yang aku suka pun Kopi Tenom. kalau outstation ke Sabah mesti aku beli la smpi 3-4 bungkus. semenjak dua menjak nih pula dah pandai lepak Starbucks. tapi tak la selalu. 2-3 bulan sekali kot. mahal kot kopi2 kat situ. hehehe. tgk selera la. kalau tetibe tekak ni rasa nak dibasahi dengan kopi mahal aku gi la lepak Starbucks. hahahah
dipendekkan cerita, aku jumpa sorang senior baru2 nih. dia bawak satu brand coffee dari Kanada. bagi aku produk nih produk baru jugak la sbb aku tak pernah dengar pun sebelum ni. masa lepak tu dia bagi aku sample produk test minum kat kedai mamak tu terus. hirupan pertama je aku dah jatuh cinta. aku bukan nak exaggerate lebih2 beb. mmg KELAS rasa kopi dia. yg aku test hari tu Cafe Mocha. terbaik!! aku berani cakap better than Starbucks but the price is much much more cheaper.