Pages

Disclaimer

Segala post bagi Siri Bufet Ramadhan yang didapati dalam blog ini adalah diperolehi oleh penulis melalui carian di Internet. Penulis tidak mendapat sebarang faedah ataupun imbuhan dari siri tersebut. Usaha penulis adalah semata-mata untuk memudahkan pembaca mencari bufet ramadhan yang murah dengan mudah. Penulis juga tidak pernah mencuba sebarang bufet ramadhan dalam siri tersebut melainkan dinyatakan oleh penulis. Sekian, terima kasih.

StarveBuster tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan selera atau kerosakan deria rasa yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. :-)

p/s: Sumber pendapatan blog ini dijana melalui iklan Nuffnang. Segala ketikan (click) pada iklan tersebut adalah amat dihargai. =)

Featured Post

Creamoji: Milkshake Pudding @ Dadih Hirup

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, hari ini StarveBuster nak promote bisnes member. sekarang nih  dah jadi trend kot buat da...

Friday, September 19, 2014

Jom Masak: Ikan Patin Masak Tempoyak

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

hari ni nak kongsi resepi antara masakan favourite aku, Ikan Patin Masak Tempoyak atau Masak Tempoyak Ikan Patin atau apa2 je la nama yg korang nak panggil. resepi ni wife aku cedok kat internet dan aku modify ikut cara masakan wife aku. kalau ada yg nak claim kata resepi nih dia punya, silakan lah supaya aku boleh letak credit. kalau korang nak kopipes pun, silakan lah. sharing is caring.

Bahan bahan:
Ikan patin - 1 ekor (saiz sederhana)
Tempoyak - 2 senduk
Air - 4 cawan (kurangkan jika mahu kuah pekat, lebihkan jika mahu kuah cair)

Cili merah - 1 biji (optional: jadikan kuah lebih merah)
Cili padi - 10 biji (ikut tahap kepedasan masing2)
Kunyit hidup - 1 inci
Daun kesum - secekak
Garam - secukup rasa

Cara cara:
1. Cili merah, cili padi dan kunyit hidup ditumbuk tetapi tidak terlalu luma/hancur. (Nak guna blender pun boleh)


2. Gaulkan tempoyak dan bahan yg ditumbuk sehingga rata. Kalau guna blender, boleh blend sekali ngan tempoyak.

3. Masukkan kesemua bahan termasuk bahan yg ditumbuk/diblender ke dalam periuk. 


4. Masak dengan api perlahan sehingga merenih dan menggelegak.

5. Setelah menggelegak, masukkan daun kesum. 


6. Biarkan sehingga 3-4 minit.


7. Tutup api dan sedia dihidang.

Nota kaki:
i. Kalau tempoyak kurang masam, bolehlah tambah sedikit asam keping.


ii. Kalau nak kuah pekat, boleh masak semua bahan dulu kecuali ikan. Bila kuah dah masak, baru masukkan ikan.


p/s: lupa nak snap gambo....

Saturday, July 5, 2014

2014 Bufet Ramadhan #7: Istana Bambu, Ampang

Harga:
- RM 49.00+ (dewasa)
- RM 25.00+ (kanak2)
- percuma untuk kanak2 di bawah 5 tahun

Tempahan: 018 293 4321 | 03 4251 4717

Friday, July 4, 2014

2014 Bufet Ramadhan #6: Bora Ombak


Harga:
RM 48.00+ (dewasa)
RM 29.90+ (kanak2)

Tempahan: 03 4251 6303 | 010 214 1825 | 016 608 9806

Facebook: https://www.facebook.com/pages/BoraOmbak/118342014867035

2014 Bufet Ramadhan #5: Umai Cafe, Putrajaya


Harga:
RM 39.90 (dewasa)
RM 20 (kanak2 [6thn-12thn])

Tempahan: Amir 0136067710 | Shira 0122396118

Thursday, June 12, 2014

2014 Bufet Ramadhan #4: Kelab Tasik Putrajaya



Harga Early Bird (15 Jun - 1 Julai): 
- RM60.00 (dewasa)

Harga Biasa:
- RM 65.00+ (dewasa)
- RM 39.00+ (kanak2)
- percuma untuk kanak2 di bawah 5 tahun

Tempahan: 03 8889 5008


2014 Bufet Ramadhan #3: Bayou Coffee House, Cyberjaya


Harga Early Bird (hingga 14 Jun): 
- RM49.90

Harga Biasa
- RM55

Tempahan: 019 3305848



2014 Bufet Ramadhan #2: Palm Garden Hotel

 

Harga Promosi (28 Jun - 4 Julai): 
- RM70.00 net (dewasa)

Harga biasa:
- RM90.00 net (dewasa)

Thursday, June 5, 2014

2014 Bufet Ramadhan #1: Putrajaya International Convention Center (PICC)


Harga: 
- RM80.00 (dewasa)
- RM40.00 (kanak2)
- Percuma (kanak2 bawah 5 tahun)

Tarikh: 30 Jun 2014 - 25 Julai 2014
Masa: 6.30 petang - 10.30 malam

Tempahan: 03 8887 6162


Tuesday, May 6, 2014

Change your coffee....

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

setelah hampir setahun membisu, hari ini aku nak cerita pasal kopi. aku kategorikan diri aku sebagai "social coffee drinker". aku reka je kot term nih. tak tau la ade coffeeright ke tak. hehehe. maknanya nak kata, aku lebih prefer milo or nescafe berbanding kopi. 


kopi yang aku suka pun Kopi Tenom. kalau outstation ke Sabah mesti aku beli la smpi 3-4 bungkus. semenjak dua menjak nih pula dah pandai lepak Starbucks. tapi tak la selalu. 2-3 bulan sekali kot. mahal kot kopi2 kat situ. hehehe. tgk selera la. kalau tetibe tekak ni rasa nak dibasahi dengan kopi mahal aku gi la lepak Starbucks. hahahah

dipendekkan cerita, aku jumpa sorang senior baru2 nih. dia bawak satu brand coffee dari Kanada. bagi aku produk nih produk baru jugak la sbb aku tak pernah dengar pun sebelum ni. masa lepak tu dia bagi aku sample produk test minum kat kedai mamak tu terus. hirupan pertama je aku dah jatuh cinta. aku bukan nak exaggerate lebih2 beb. mmg KELAS rasa kopi dia. yg aku test hari tu Cafe Mocha. terbaik!! aku berani cakap better than Starbucks but the price is much much more cheaper.

Unique visits (Last 7 days)