Pages

Disclaimer

Segala post bagi Siri Bufet Ramadhan yang didapati dalam blog ini adalah diperolehi oleh penulis melalui carian di Internet. Penulis tidak mendapat sebarang faedah ataupun imbuhan dari siri tersebut. Usaha penulis adalah semata-mata untuk memudahkan pembaca mencari bufet ramadhan yang murah dengan mudah. Penulis juga tidak pernah mencuba sebarang bufet ramadhan dalam siri tersebut melainkan dinyatakan oleh penulis. Sekian, terima kasih.

StarveBuster tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan selera atau kerosakan deria rasa yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. :-)

p/s: Sumber pendapatan blog ini dijana melalui iklan Nuffnang. Segala ketikan (click) pada iklan tersebut adalah amat dihargai. =)

Featured Post

Creamoji: Milkshake Pudding @ Dadih Hirup

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, hari ini StarveBuster nak promote bisnes member. sekarang nih  dah jadi trend kot buat da...

Wednesday, July 14, 2010

D'One Steak

Nama:
D'One Steak

Lokasi:
Bandar Baru Bangi

Cawangan/Lokasi Lain:
-

Signature Dish/Drink:
Western Foods

Recommendation:
*****

hari nih StarveBuster nk rekemen kan satu tmpt makan di Bandar Baru Bangi. D'One Steak Cafe. dekat dgn Tasik Cempaka, McDonalds dan Kompleks PKNS Bandar Baru Bangi. orang2 sekitar bangi pasti tau la tempat nih kat mana kot.

D'One Steak menyajikan makanan2 barat dgn pelbagai jenis steak, spagheti dan pasta disediakan. tapi ade jugak makanan tempatan spt nasi goreng kampung disediakan utk pilhan pengunjung. harga pun ok. tempat sekitar restoran jugak agak kondusif dan sesuai dikunjungi seisi keluarga.

air dihidangkan dalam gelas besar. mmg puas hati la minum. kepada yang ada masalah dgn pundi kencing, sila lah berkongsi air segelas 2 orang utk mengelakkan pembaziran. hehehe. StarveBuster rekemenkan air asam boi utk korang cuba. insya Allah puas hati.

makanan plak bergantung kepada selera masing2 la. ada ayam, ada daging, ada ikan, ada spagheti, ada makaroni dan pelbagai lagi menu makanan barat. pilihlah mana yg berkenan. StarveBuster makan mushroon soup and garlic bread je hari tu. hehehe.

nasihat StarveBuster: kalau nk makan kat D'one Steak, pergilah dengan rasa yg sgt lapar dan perut yg kosong. balik pasti kekenyangan dan berat perut. hehehe. 

here's some pics:

mushroom soup and garlic bread
 makaroni goreng
 village fried rice
(nasi goreng kampung)
spageti goreng
chicken chop
(sorry pic's upside down)
air gelas besar.

p/s: selamat mencuba.

Tuesday, July 13, 2010

Restoran Village View

Nama:
Restoran Village View

Lokasi:
Bandar Baru Bangi

Cawangan/Lokasi Lain:
Jalan Reko (Berdekatan Hentian Kajang)
(03-87345635)

Signature Dish/Drink:
Masakan tempatan dan Siam

Recommendation:
*****

dah lama StarveBuster tak update blog nih. dah dua bulan rasanye. sori lah yer. bukan sengaja cuma lately mmg StarveBuster sibuk sket. macam2 urusan perlu diselesaikan.
sebenarnya dah lama StarveBuster nak post pasal Village View nih tapi asyik tertangguh jer. skrg baru ada masa.

yang StarveBuster tahu,restoran nih ada dua cawangan. satu di Bandar Baru Bangi. kene masuk ke dalam sket. berdekatan dengan stesen petronas yang sebaris dgn plaza perabot bangi. satu lagi di Jalan Reko, Kajang. berdekatan dengan Hentian Kajang. konsep ala2 kampung agak menarik dengan binaan restoran daripada kayu dan menyediakan tempat utk duduk bersila. hiasan kolam ikan dan jambatan serta air terjun buatan pun menarik utk menemani masa makan pengunjung. mmg sempoi gak la. ehehehe.

dari segi makanan dan minuman pula spt tiada had. apa sahaja masakan melayu yang terlintas di kepala boleh diorder di sini. klu nak senaraikan mmg tak tersenarai la. hehehe. kene pegi dan rasakan sendiri keenakan makanan di situ. yg StarveBuster paling suka ialah ayam pandan. ketulan daging ayam dibalut dgn daun pandan dan digoreng. masyuk beb. hehehe.

personally, StarveBuster rekemenkan restoran di Bangi berbanding Kajang. masakan di Restoran Village View Bangi lebih sedap berbanding di Kajang. tapi itu cuma pendapat dan lidah StarveBuster . anda kene cuba sendiri utk mengetahuinya. enjoy some of the pics during my visit there:

ikan siakap masak tiga rasa
tomyam campur (tinggal bekas jer. huhuhu)
tauhu goreng ala thai, kerabu mangga, kerang bakar
kailan goreng belacan, ayam pandan

p/s: restoran nih ada buat buffet ramadhan rasanye. nak kene gi tanye gak nih.hehehe

Unique visits (Last 7 days)