Pages

Disclaimer

Segala post bagi Siri Bufet Ramadhan yang didapati dalam blog ini adalah diperolehi oleh penulis melalui carian di Internet. Penulis tidak mendapat sebarang faedah ataupun imbuhan dari siri tersebut. Usaha penulis adalah semata-mata untuk memudahkan pembaca mencari bufet ramadhan yang murah dengan mudah. Penulis juga tidak pernah mencuba sebarang bufet ramadhan dalam siri tersebut melainkan dinyatakan oleh penulis. Sekian, terima kasih.

StarveBuster tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan selera atau kerosakan deria rasa yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. :-)

p/s: Sumber pendapatan blog ini dijana melalui iklan Nuffnang. Segala ketikan (click) pada iklan tersebut adalah amat dihargai. =)

Featured Post

Creamoji: Milkshake Pudding @ Dadih Hirup

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, hari ini StarveBuster nak promote bisnes member. sekarang nih  dah jadi trend kot buat da...

Sunday, April 25, 2010

Restoran Nasi Ulam

Nama:
Restoran Nasi Ulam

Lokasi:
Seksyen 9, Bangi

Cawangan/Lokasi Lain:
-

Signature Dish/Drink:
Masakan kampung/Kelantan

Recommendation:
*****

hajat di hati nak makan nasi kerabu tapi apa kan daya tidak kesampaian. Misi SB pemburuan nasi kerabu gagal. huhuhu. walau bagaimanapun, alang2 dah sampai kat Restoran Nasi Ulam di Seksyen 9 Bangi ini, StarveBuster menikmati nasi campur yang disediakan. waktu tu dah pukul 2 lebih. so, lauk pun dah byk yg abis. tapi StarveBuster tak kecewa. nasi berlauk sayur kangkung belacan, ikan goreng cili dan telur masin membuka selera. tidak mengecewakan. sgt sedap dan kene dgn selera kampung StarveBuster.

restoran ini bukan sahaja dikunjungi oleh org melayu malah org cina jugak. ramai jugak pengunjung masa StarveBuster sampai kat situ. jadi, kalau ramai org tu mesti la sedap, kan? hehehe.

StarveBuster ada jugak bertanya dengan pelayan kat situ pasal nasi kerabu and laksam. dia ckp makanan2 tu ada waktu pagi jer. sampai kul 11 je. so, kalau nk makan masakan tradisi kelantan, sila la datang waktu breakfast yer. hehehe.

apa2 pun restoran nih mmg menarik. harga pun boleh tahan la. mahal sket la tp sesuai la dgn kenampakan kedai yg agak eksklusif. hehehe. (sirap=rm1.50, nasi+sayur kangkung belacan+telur masin+ikan goreng cili=RM5.50). so, korang nilai la sendiri k? hehehe.

nasi ulam nih dekat ngan Restoran Ayam Bakar Wong Solo yang pernah StarveBuster blog kan sblm nih. dekat jugak dengan Old Town White Coffee Bangi. so, agak senang la nak cari kot. sori la tak smpt snap pic. lupa laa. hehehe.

p/s: rasanya ade satu cawangan kat putrajaya. nnt StarveBuster confirmkan, =)

3 comments:

  1. kecewa x dpt mkn nasi kerabu..huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. nasi kerabu best ade kt sek.7, bangi "NASI ULAM PANTAI TIMUR" purely kelantan recipe..ramai yang dah puji sedap..kedai ni area kedai baru dekat ngn redwok..cubela...

    ReplyDelete
  3. ye ke??
    tq elly...
    insya Allah akan dicuba...

    ReplyDelete

What do you think??

Unique visits (Last 7 days)